Walaupun fungsi dan peranan asid folik dan multivitamin sudah begitu sinonim dengan kehamilan, namun masih ada yang tidak tahu atau kurang faham tentangnya. Oleh itu, kali ini nakhamil.com kongsikan entry berkenaan kepentingan multivitamin, dan asid folik kepada kejayaan untuk hamil dan peranannya dalam mengelakkan kecacatan kelahiran kepada bayi yang baru lahir.

Apabila menyebut tentang kelahiran kecacatan tiub neural atau mengurangkan risiko pelbagai “kecacatan kelahiran” (kelainan fizikal atau biokimia yang hadir pada masa kelahiran dan yang boleh diwarisi atau hasil pengaruh alam sekitar), asid folik memegang peranan utama, tetapi perlu diingat bukan asid folik sahaja yang memegang peranan ini dalam mengurangkan risiko kecacatan kelahiran.

Ramai yang sudah cukup mengetahui dan faham tentang fungsi dan peranan asid folik yang dengan ketara dapat mengurangkan risiko berlakunya kecacatan kelahiran yang lebih dikenali sebagai “neural tube defects” atau “kecacatan tiub neural”, walaupun kepada ibu yang sudah pernah memiliki anak yang cacat perkembangannya. Kecacatan tiub neural adalah penyebab utama kematian bayi yang baru lahir, dan kedua, penyebab kecacatan jantung congenital atau mempunyai masalah jantung sejak lahir.

asid folik untuk hamil

Asid folik adalah sangat efektif diambil bersama-sama vitamin B complex atau vitamin B yang lain berbanding diambil secara bersendirian

Terdapat beberapa jenis kecacatan tiub neural, termasuk spina bifida. Apabila spina bifida berlaku, anak tersebut memerlukan beberapa pembedahan untuk mengelakkan pengumpulan cecair di sekitar otak dan untuk menggalakkan kebolehan berjalan. “Anencephaly” atau kegagalan otak untuk membangun sepenuhnya adalah kecacatan tiub neural yang lebih teruk daripada spina bifida. Apa yang menyedihkan adalah, anencephaly biasanya mengakibatkan kelahiran mati atau mati sebaik sahaja dilahirkan. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan kegagalan sama ada sebelum hamil, ketika hamil malah setelah melahirkan.

Pengambilan supplement seperti asid folik dan multivitamin sebaik sahaja “conception” atau kehamilan berlaku bukan sahaja mengurangkan risiko berlakunya kecacatan tiub neural terhadap bayi. Beberapa kajian menunjukkan bahawa asid folik dan multivitamin dengan ketara mengurangkan risiko penyakit jantung, diamana ianya merupakan penyebab utama kematian bayi yang baru lahir. Tambahan lagi, asid folik dan multivitamin yang diambil dan diamalkan sebelum kehamilan dapat mengurangkan risiko berlakunya sumbing (sumbing di mulut atau lelangit), kecacatan saluran kencing, kecacatan pembentukan anggota badan, omphalocoele ( kecacatan pada usus dan tali pusat), dan kanser otak serta leukemia.

fungsi asidfolik untuk hamil

Mulai sekarang, jangan malas atau takut untuk mengamalkan vitamin atau supplement anda setiap hari! Ianya penting dalam menyokong, membantu kehamilan serta menambah kesuburan!

Penyelidikan dan kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid folik bersama-sama multivitamin atau vitamin lengkap sedikit sebanyak membantu dalam pengurangan kecacatan kelahiran terhadap bayi. Asid folik bekerja bersama dengan dua vitamin B lain iaitu vitamin B12 dan vitamin B6 untuk mengurangkan penghasilan asid amino homosisteina. Akan tetapi, kepekatan homosisteina yang rendah adalah normal kepada sel-sel. Sekiranya asid folik terutamanya, atau dua lagi vitamin B lain berkurangan, homosisteina membina dan mewujudkan kekacauan dalam sel. Sebagai contoh, ianya menyebakan masalah kepada lapisan saluran darah, menjadikannya faktor risiko untuk penyakit kardiovaskular. Ini juga menunjukkan mengapa ianya berbahaya kepada plasenta, yang merupakan organ vaskular. Apabila ianya berkaitan dengan kehamilan, homosisteina mungkin merupakan punca sebenar yang terlibat dengan kecacatan kelahiran yang dinyatakan di atas, begitu juga masalah seperti plasenta yang terpisah atau tercabut dari dinding rahim yang lebih dikenali sebagai “placenta abruption”.

Sebagai tambahan kepada vitamin B12 dan vitamin B6, mineral zinc bekerja bersama dengan asid folik. Vitamin C pula diperlukan untuk penyerapan asid folik. Beberapa nutrient yang terdapat dalam multivitamin bersama-sama membuat perbezaan dalam mencegah kecacatan kelahiran.

NOTA: Pengambilan Set Rezeki Ilahi dari nakhamil.com boleh membantu anda dalam membuat persediaan rapi sebelum melangkah ke alam kehamilan. Ambil tindakan sekarang sebelum terlambat. Jangan jadikan alasan tidak suka supplement, tidak ada masa, malah kewangan sebagai taruhan kepada kesihatan bayi anda nanti. Whatsapp/Sms saya Puan Ila 013-3699505 segera. InsyaAllah saya akan bantu semampu yang boleh dalam mengatasi masalah kesuburan anda suami isteri 🙂