Untuk membolehkan seseorang hamil, faktor kesuburan suami dan isteri adalah sangat penting. Jika kedua-duanya kurang subur atau tidak subur, peluang untuk mendapat zuriat mungkin tidak begitu besar. Antara faktor yang memainkan peranan dalam mengukur kesuburan pasangan adalah pengambilan vitamin B Complex yang mencukupi.

Seseorang wanita perlu memiliki rahim yang sihat, kuat dan subur untuk hamil dengan sempurna

Seseorang wanita perlu memiliki rahim yang sihat, kuat dan subur untuk hamil dengan sempurna

Vitamin B complex sangat membantu lelaki dan wanita yang sedang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik. Antara kandungan yang terdapat di dalam vitamin B Complex Shaklee adalah asid folik. Asid folik sangat diperlukan dan penting di awal kehamilan dan 3 bulan pertama kehamilan. Banyak salah faham yang berlaku yang mengatakan hanya wanita hamil sahaja yang perlu mengambil asid folik. Ini sama sekali tidak benar. Wanita yang ingin hamil perlukan asid folik untuk menguatkan rahim. (meningkatkan peluang untuk conception berlaku, mengelakkan rahim tidak kuat dan keguguran).

Vitamin B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin yang perlu diambil serentak. Vitamin B12 yang terkandung di dalam vitamin B Complex Shaklee membantu memperbanyakkan sperma. Manakala Vitamin B6 didalamnya membantu meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum (conception).

Sebelum hamil, vitamin B complex bertindak untuk melancarkan peredaran darah dan hormon serta meningkatkan kesuburan. Kurangnya asid folik keatas wanita yang sedang hamil boleh membawa kesan buruk. Antaranya adalah kecacatan janin, Oleh itu, pengambilan vitamin B Complex seawal 6 bulan sebelum hamil adalah sangat disarankan.