Apabila anda dan suami sudah mencapai kata sepakat untuk merancang kearah kehamilan, beberapa faktor pemakanan perlu anda titikberatkan. Antaranya kurangkan manisan atau makanan bergula, air bergas dan caffeine (kopi). Ini kerana pengambilan makanan manis dan caffeine (kopi) yang berlebihan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kesuburan anda. Sekiranya anda runsing dan pening memikirkan bagaimana caranya untuk mengurangkan caffeine (kopi) dan makanan manis, jangan khuatir. Rujuk DISINI.

Gantikan makanan rapu seperti jajan kepada makanan yang berkhasiat dan berzat. Anda juga perlu mengurangkan makanan yang mengandungi lemak trans sebanyak yang boleh, dan pastikan anda mempunyai sumber lemak mono tak tepu bermanfaat dan asid lemak penting. Selain itu, berikan perhatian kepada pilihan nutrisi yang bertujuan menstabilkan paras glukosa dalam darah anda. Diet yang menyeluruh dan lengkap akan memberi keyakinan kepada diri, bahawa anda akan memberi permulaan yang terbaik kepada bayi yang bakal dikandung kelak. Memulakan perjalanan kehamilan anda dengan kawalan gula dalam darah yang baik, hasil daripada diet yang seimbang dan berkhasiat akan mengurangkan risiko anda mendapat alahan atau ‘morning sickness’ yang teruk.

Perlu untuk amal pemakanan seimbang sebelum hamil

Mengamalkan diet yang seimbang dan berkhasiat, bersenam dan mengamalkan supplement atau makanan tambahan untuk kesuburan adalah perlu bagi mengoptimumkan tahap kesihatan anda secara menyeluruh dan kesuburan anda khususnya. Mulakan sekarang! 😉

Sekiranya anda sudah mula merancang untuk hamil, semestinya anda sudah cukup mengetahui akan fungsi dan peranan asid folik yang berperanan untuk mengurangkan risiko berlakunya beberapa jenis kecacatan kelahiran yang serius yang dikenali sebagai kecacatan tiub neural.

Kajian dan penyelidikan ke atas keberkesanan asid folik dalam mengatasi masalah-masalah sebegini telah membuktikan bahawa mengamalkan  asid folik untuk beberapa minggu sebelum kehamilan dan selama dua belas minggu selepas kehamilan adalah sangat bagus dan perlu! Itulah sebabnya mengapa memulakan pengambilan vitamin untuk kesihatan dan kesuburan sekurang-kurangnya di permulaan kitaran sebelum kitaran seterusnya yang anda rancang untuk hamil adalah masa yang terbaik, melainkan anda sudah pun mengambil sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik (atau mungkin lebih, terutamanya jika anda seorang ibu yang sudah meningkat usia). Tetapi perlu diingat. Jangan hanya mengamalkan asid folik! Ambil multivitamin / multimineral lengkap dan supplement yang mengandungi asid lemak penting.

NOTA: Sekiranya anda adalah salah seorang yang sedang TTC (Try To Conceive) atau dalam erti kata mudah sedang berusaha untuk hamil, jangan lupa bahawa supplement dan makanan tambahan untuk kesihatan dan kesuburan memainkan peranan penting dalam faktor kejayaan kehamilan dan kesihatan (anda dan bayi). Mula amalkan Set Rezeki Ilahi sekarang. Set kesuburan terbaik untuk anda dan suami. Dengan izin Allah, dapat megatasi sebarang masalah kesihatan serta merawat kesuburan ke tahap optimum. Klik Testimoni Nakhamil.com yang sudah berjaya hamil. Untuk sebarang pertanyaan, terus sms/whatsapp saya 013-3699505 (Puan Ila) atau email nakhamil@gmail.com 🙂