Salam sejahtera buat semua pembaca nakhamil.com . Agak lama saya tak menulis di laman blog ini. Alhamdulillah kandungan saya sekarang sudah masuk 4 bulan lebih. So far baby sihat dan aktif (Aktif masa scan ye. Kicking belum rasa lagi hihi 😀 ). Sebab tu lah masa saya pun agak terbatas sekarang untuk menulis. Tapi walau apapun, saya tetap akan terus menulis dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu dengan pembaca sekalian.

Testimoni berjaya hamil

Gambar hiasan: Ni masa scan 14 weeks plus. Doakan baby saya sihat ye :’)

Adakah anda pernah dengar tentang BBT atau Body Basal Temperature? Dengar pun sudah agak rumit kan. Tapi nak mengaplikasi kaedah ini tidaklah serumit mana. Cuma perlukan konsistensi, keazaman dan punctuality. Ewahhh macam nak pergi interview pulak ye? 😉

Body Basal Temperature atau BBT bermaksud suhu badan asas. Ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengetahui hari subur atau hari ovulasi dengan tepat.  Banyak yang boleh anda pelajari tentang badan anda dengan menggunakan thermometer. Dengan mencatat suhu badan asas anda setiap pagi sebelum bangun dari katil, anda akan belajar menganggar masa ovulasi dan mengetahui bilakah hari subur dalam satu-satu kitaran. (Malangnya, apabila memantau kitaran yang sentiasa berubah, kita akan berhadapan dengan anggaran bukan ramalan.)

Langkah Pertama Untuk Melakukan BBT

thermometer 2 decimals untuk BBT

Thermometer yang dicadang untuk digunakan dalam kaedah BBT kerana mempunyai dua titik perpuluhan. Suhu yang diambil adalah lebih tepat.

  1. Pertama sekali, anda perlu ada thermometer. Pastikan thermometer ini berada dekat dengan tempat tidur. Sebaik-baiknya, gunakan thermometer digital kerana lebih tepat untuk mengambil suhu badan asas. Ianya lebih tepat kerana mempunyai dua digit selepas titik perpuluhan (2 decimals). Thermometer jenis biasa juga boleh digunakan Cuma ketepatannya agak berkurangan. Jika thermometer classic jenis kaca digunakan, thermometer tersebut perlu digoncang setiap malam sebelum tidur untuk memastikan raksa / merkuri dalam thermometer kembali ke tempat asal.
  2. Bilakah hari pertama anda boleh mulakan untuk mengambil suhu badan? Mulakan pada hari pertama anda datang haid. Biasanya mula diambil bila darah haid sudah banyak (flow) bukan tompokan permulaan (spotting).
  3. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, ambil suhu badan anda adalah perkara pertama yang perlu dilakukan di waktu pagi. Bermaksud, sebelum anda bangun dari katil, sebelum ke tandas, sebelum bercakap dengan sesiapa, anda perlu pastikan suhu diambil terlebih dahulu. Buka mata sahaja terus ambil suhu. Kedudukan thermometer semasa mengambil suhu juga perlu konsisten setiap hari. Letakkan thermometer di bawah lidah untuk bacaan yang tepat.
  4. Untuk mengambil suhu badan asas, anda perlu tidur sekurang-kurangnya 3 jam dan masa mengambil suhu juga perlu sama setiap hari. Sekiranya terawal atau terlebih 30 minit, suhu yang diambil masih lagi sah.
  5. Kebanyakan wanita melaporkan sedikit penurunan suhu sebaik sahaja sebelum ovulasi berlaku (apabila paras estrogen meningkat untuk melepaskan telur dalam beberapa hari lagi). Sehari dua kemudian, catatan suhu akan meningkat apabila telur sudah dilepaskan (apabila paras haba yang menghasilkan progesterone meningkat). Apabila suhu melonjak, ovulasi telahpun berlaku.
  6. Perubahan suhu dan ovulasi biasanya berlaku pada hari ke empat belas dalam 28 hari kitaran. Walaubagaimanapun, jumlah hari sebelum ovulasi (fasa folikel) adalah berbeza pada setiap wanita. Yang sama hanyalah jumlah hari selepas ovulasi iaitu 16 hari (fasa luteal). Suhu yang diambil semasa fasa luteal perlu kekal tinggi, dan hanya jatuh sekiranya menghampiri haid dan memulakan kitaran sekali lagi.
  7. Untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil, lakukan hubungan seksual selang sehari semasa dua hari sebelum berlakunya perubahan peningkatan suhu (ovulasi), dan dua hari selepas suhu meningkat.
  8. Suhu badan asas setiap wanita adalah berbeza. Hormon badan anda mungkin tidak seimbang dan perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya suhu anda kekal sama sepanjang kitaran (anda mungkin tidak melepaskan telur) atau sekiranya suhu anda rendah semasa fasa luteal (fasa selepas ovulasi) yang mana menunjukkan anda mempunyai paras hormon progesterone yang rendah dan tidak mampu untuk menyokong penghasilan telur yang matang. Sekiranya suhu anda kekal tinggi semasa fasa luteal melebihi dua minggu dari hari ovulasi, anda mungkin hamil!

Hari Ovulasi

Hari ovulasi juga dikenali sebagai hari subur. Biasanya dalam 4-5 hari terdapat satu hari ovulasi (paling subur). Untuk meningkatkan peluang untuk hamil, anda perlu bersama pada hari ini. Dalam kaedah ber BBT ini, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membantu kita mengenali hari subur dengan lebih tepat iaitu check cervical mucus (lendiran faraj), cervix position (kedudukan faraj) dan yang paling mudah adalah dengan menggunakan Ovulation Test Kit.

Tanda Ovulasi Berlaku

  • Ovulation pain
  • Ovulation bleeding (tompokan darah)
  • Sakit pada payudara
  • Kembung perut
  • Peningkatan nafsu seks
  • Perubahan kedudukan serviks
  • Peningkatan suhu badan asas
  • Peningkatan hormon LH (OPK positif)
  • Lendiran mucus sedikit berair atau seakan putih telur (eggwhite)

NOTA: Amalkan Set Rezeki Ilahi dari nakhamil.com dari sekarang sekiranya anda adalah salah seorang yang sedang dalam usaha ke arah kehamilan. Banyak manfaat yang bakal anda perolehi iaitu antaranya merawat kesuburan sperma dan ovum, menyeimbangkan hormon badan, mengaktifkan sel darah yang baru, mengekalkan tahap kesihatan saluran darah, melindungi saraf dari lebihan lemak, melancarkan haid, mengatasi masalah senggugut dan keputihan serta kegatalan, menambah tenaga dan banyak lagi.

Ada yang berjaya ke selepas mengamalkan produk Rezeki Ilahi nakhamil.com? Klik DISINI untuk melihat testimoni yang sudah berjaya menyelesaikan masalah kesuburan mereka dan berjaya hamil. Untuk hubungi saya dengan lebih mudah, anda digalakkan untuk email ke nakhamil@gmail.com atau terus whatsapp saya 013-3699505 (Puan Ila) 🙂