Secara idealnya, kehamilan adalah suatu saat yang sangat indah, menggembirakan, dan penuh penantian. Ia umpama sebuah keajaiban kepada pasangan suami isteri, terutamanya yang sudah lama menantikan kehadiran seorang cahaya mata bagi menambah kebahagiaan dan pengikat kasih sayang. Apabila hamil, anda akan mudah untuk berkongsi saat-saat manis dengan orang lain, menggayakan pelbagai pakaian ibu hamil, dan dapat merasa “tendangan” yang pertama dari dalam perut. Anda sudah menjadi seorang ibu dan naluri untuk melindungi anak atau bayi anda sudah menjadi sangat kuat. Apa yang anda makan, ubat apa yang diambil, dan jenis senaman yang diamalkan semuanya dilakukan dengan bayi anda yang sentiasa berada dekat dalam hati dan di fikiran.

persediaan kepada kehamilan

Fasa kehamilan

Tak ada sesiapa perlu meyakinkan anda bahawa pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting kepada bayi di dalam kandungan. Tetapi apa yang anda makan, berapa banyak anda makan, dan makanan tambahan atau supplement apa yang anda ambil juga akan memberi perbezaan yang besar dalam perjalanan kehamilan anda. Namun, walaupun pemakanan yang baik tidak memberi tenaga sepertimana yang anda perlukan, atau tidak mengatasi ‘morning sickness’, parut regangan, atau lain-lain gangguan kehamilan, ia membolehkan bayi anda membina dan membentuk sistem saraf yang sihat dan sistem imun yang baik. Pemakanan yang baik adalah insuran atau jaminan terbaik kepada bayi anda untuk lahir cukup bulan dan pada berat yang ideal. Pemakanan yang baik akan membantu anda berasa sihat ketika tempoh bersalin supaya anda boleh menikmati setiap fasa sepenuhnya kerana semuanya akan berlaku dengan begitu pantas apabila bayi yang baru lahir sangat kecil dan lemah.

Berapa lama masa yang diperlukan sebagai persediaan sebelum hamil? Jawapannya tiada jawapan tepat kepada persoalan tentang berapa lama masa yang anda perlukan untuk memperbaiki pemakanan sebelum berusaha untuk hamil. Ianya bergantung kepada tahap kesihatan anda pada masa tersebut. Ramai pakar kesihatan wanita mencadangkan kira-kira tiga bulan persediaan termasuk mengambil vitamin pra-kehamilan. Sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid seperti fasa luteal yang pendek atau polycystic ovary syndrome (PCOS), perlu ada strategi untuk membantu diri sendiri untuk dua atau tiga bulan, dan akan memberi anda masa  untuk meraih manfaat daripada pemakanan yang baik. Sekiranya anda datang daripada pil perancang kelahiran atau lain-lain hormon kawalan kelahiran, anda perlu membiarkan hormon anda sendiri untuk menyesuaikan diri selama tiga bulan apabila anda memperbaiki pemakanan dan mula mengambil supplement yang baik. Jika anda sakit dan menyebabkan anda kehilangan berat badan, seperti pneumonia, dua atau tiga bulan memberi anda masa untuk memulihkan kesihatan dan mendapatkan semula berat badan anda.

Selain daripada itu, sekiranya anda berada dalam dalam keadaan yang sihat dan sudah mengamalkan pemakanan yang seimbang, mulakan vitamin pra-kehamilan dan supplement lain pada awal kitaran sebelum satu lagi kitaran seterusnya dimana anda berharap untuk hamil dan ianya sudah pasti mencukupi. Saya percaya bahawa menunggu hanya satu kitaran sudah mencukupi bagi seseorang wanita yang pernah mengalami keguguran awal, selagi mana ianya tidak disukarkan dengan kehilangan darah yang banyak atau pembedahan.

Tetapi apa kata sekiranya anda membuat keputusan yang serta merta, bahawa anda ingin hamil pada bulan ini? Atau anda sedar bahawa anda sudahpun hamil secara mengejut? Jadi bermula dari saat ini, adalah masa yang paling terbaik anda untuk memulakan dan melaksanakan sepenuhnya diet dan makanan tambahan serta yakin dengan tujuan anda untuk melalui proses kehamilan yang sihat sempurna dari awal sehingga akhirnya.

NOTA: Kami menyediakan supplement kesuburan Rezeki Ilahi untuk suami isteri. Set ikhtiar hamil yang lengkap dengan pelbagai zat dan khasiat yang diperlukan sebelum kehamilan. Amalkan Set Rezeki Ilahi dan rasakan perbezaan tahap kesihatan anda. Rujuk DISINI untuk melihat puluhan testimoni pelanggan nakhamil.com yang berjaya memperbaiki tahap kesihatan dan kesuburan mereka, serta berjaya hamil. Untuk keterangan lanjut, terus whatsapp saya 013-3699505 (Puan Ila). Saya bantu anda sedaya yang boleh, insyaAllah 🙂

Persediaan sebelum hamil

Kehamilan yang sihat sempurna dan selamat ke akhirnya adalah impian dan harapan setiap pasangan. Berharap sahaja tanpa usaha tidak akan memperbaiki apa-apa. Amalkan set Rezeki Ilahi nakhamil.com bagi memperbaiki kesuburan anda suami isteri.