Penghasilan sperma lelaki secara besar-besaran adalah pada kadar jutaan setiap hari dengan kawalan kualiti yang sangat rendah. Malahan, kebanyakan sampel air mani mempunyai 14 ke 20 peratus sperma normal sahaja di bawah parameter yang ketat. Satu sperma yang normal mempunyai saiz kepala yang bersesuaian, ekor biasa, dan pergerakan normal (motility).

Apabila sperma sudah memasuki serviks, fasa seterusnya adalah persenyawaan. Ianya berlaku pada penghujung tiub fallopio (tiub fallopio distal) berdekatan dengan ovari anda. Pertama, sperma lelaki perlu memasuki faraj anda. Sperma lelaki berada di dalam cecair ejakulasi atau cecair yang dipancutkan dan dibebaskan semasa orgasma atau klimaks berlaku. Pancutan normal dan sihat akan mengandungi kira-kira 80 ke 100 juta sperma bergerak. Daripada jumlah ini, hanya sebahagian kecil (kurang daripada 1 peratus) tiba di tiub fallopio distal anda.

sperma dan ovum

Satu lagi peranan penting estrogen adalah untuk membolehkan kelenjar yang melapisi saluran serviks anda untuk menghasilkan sejumlah mukus yang jernih dan elastik. Sekiranya anda subur, mukus anda kelihatan seakan putih telur. Mukus ini bertahan selama beberapa hari untuk setiap kitaran, dan kadar yang konsisten membenarkan sperma pasangan anda untuk masuk dan melepasi serviks. Sentiasa ingat bahawa sperma pasangan anda hanya boleh menembusi mukus serviks anda di pertengahan kitaran. Walaupun dalam keadaan mukus yang baik ini, kebanyakan sperma pasangan anda tidak akan melepasi serviks anda. Beberapa sperma yang berjaya melepasi akan melonjakkan diri mereka melalui rongga rahim dan ke tiub fallopio anda. Pengecutan rahim yang berlaku semasa orgasma boleh mempercepatkan proses ini.

Sebaik sahaja sperma pasangan anda sampai ke tiub fallopio, mereka melalui proses yang dikenali sebagai capitation, dimana mereka menjadi hyperaktif. Ini adalah keadaan di mana sperma pasangan anda menuju ke telur anda. Apabila satu sperma memasuki telur, telur anda menjadi tidak telap kepada sperma lain. Telur atau ovum yang baru disenyawakan kini menjadi embrio (zigot). Ia bermula sebagai sel tunggal dan mengandungi bahan genetik yang digabungkan daripada kedua-dua sperma dan telur. Zigot tersebut kemudian menbahagikan diri secara progresif kepada multi sel embrio. Ketika embrio dibahagikan, silia terus menyapu embrio ke arah rahim. Apabila embrio mengandungi kira-kira 12 ke 16 sel, ia menjadi morula.

Di peringkat morula (kira-kira tiga ke empat hari selepas ovulasi) embrio yang sedang berkembang turun melalui tiub menuju ke dalam rahim anda. Selepas lima ke tujuh hari embrio tersebut mengandungi ratusan sel dan membentuk rongga di dalam pusat tersebut. Di peringkat ini, embrio adalah blastocyst. Blastocyst disemai di dalam lapisan rahim anda supaya ia membentuk bekalan darah (plasenta) yang membenarkannya untuk membesar menjadi fetus dan akhirnya menjadi bayi.

proses persenyawaan daripada sperma sehingga menjadi bayi

NOTA: Amalkan Set Rezeki Ilahi untuk hamil sihat sempurna. Baiki tahap kesihatan dan kesuburan anda suami isteri dengan amalan makanan tambahan mulai sekarang. Hampir setiap minggu kami di nakhamil.com menerima berita genbira dari pelanggan yang berjaya hamil setelah lama menanti. Rujuk DISINI. Boleh direct hubungi saya di whatsapp 013-3699505 (Puan Ila) atau email saya di, nakhamil@gmail.com 🙂