Apabila suami isteri berbincang tentang jantina anak yang diingini, pasti sudah mencapai kata sepakat sama ada inginkan anak lelaki ataupun anak perempuan menjadi anak sulong. Jika anak lelaki menjadi anak sulong, dengan anggapan bolehla dia menjadi ketua keluarga dan menjaga adik-adiknya kelak apabila mungkin ibu bapa sudah tiada di dunia.

Tetapi, ada juga suami isteri yang berbincang dan mencapai kata sepakat mahukan anak perempuan menjadi “ketua”atau leader kepada adik-adiknya. Kerana sifat kakak dan sifat kewanitaan yang dimiliki, bolehlah membantu meringankan tugasan ibu di rumah selain menjaga adik-adik.

Terdapat juga segelintir pasangan yang sudahpun mempunyai dua orang anak perempuan misalnya, dan mahukan anak lelaki pula dan begitulah sebaliknya.

Namun pun begitu, bagaimanakah peranan anda sebagai pasangan boleh bertindak dalam menentukan jantina bayi yang akan dikandung? Jawapannya ya! Dengan izin dan rezeki dari yang Esa, pasti anda boleh mencuba dan berikhtiar dalam mendapatkan jantina anak yang diingini.

Selain dari kaedah teknologi moden, anda juga boleh mengamalkan beberapa cara semulajadi untuk meningkatkan peluang jantina anak yang anda mahu. Antaranya adalah:

  • Masa yang tepat

Jika hubungan seksual dilakukan sebelum haid datang, peluang untuk mendapat anak perempuan adalah lebih tinggi berbanding anak lelaki. Bersama suami adalah perlu dilakukan sebelum hari ovulasi. Jangan bersama suami 5 hari dari hari ovulasi, Ini boleh dikesan dengan menggunakan ovulation test kit. Kiraanya adalah antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dari hari pertama haid bulan tersebut.

Tetapi jika anda melakukan hubungan kelamin selepas haid, contohnya sebaik sahaja selepas haid, kemungkinan anda boleh mendapat anak lelaki adalah lebih besar. Bersama pada hari subur atau hari isteri berovulasi adalah penting. Kiraanya pula adalah antara hari dua puluh satu sehingga hari kedua puluh lapan sebelum haid, daripada kiraan hari pertama selepas waktu subur. Untuk memastikan waktu anda bersesuaian dengan pilihan jantina anak yang anda inginkan, buat pengiraan seminggu awal atau seminggu selepas haid datang.

  • Kedalaman zakar di dalam faraj

Jika anda merancang mahukan anak lelaki, suami perlulah melepaskan air mani dan penetrasi dengan kadar paling dalam di dalam faraj isteri. Dan jika mahukan anak perempuan, kedalaman zakar di dalam faraj tidaklah perlu terlalu dalam. Lelaki membawa dua jenis kromosom iaitu kromosom X dan kromosom Y, manakala wanita hanya membawa satu jenis kromosom sahaja iaitu kromosom X. Gabungan kromosom XX akan membentuk jantina bayi perempuan manakala gabungan kromosom XY akan membentuk jantina bayi lelaki.

Kromosom X merupakan perenang yang bergerak lambat, hidup lebih lama, tahan asid dan kuat manakala kromosom Y merupakan perenang yang laju, hidup lebih singkat dan tahan alkali. Oleh itu, jika suami melakukan penetrasi atau memasukkan zakar terlalu dalam, kemungkinan Y akan sampai ke telur atau ovum adalah besar. Jadi, peluang untuk hamil anak lelaki akan lebih tinggi berbanding anak perempuan. Satu tips untuk peluang hamil anak perempuan juga, selepas bersama, amalkan tidur mengiring sebelah kiri dan mengiring sebelah kanan bagi yang mahukan anak lelaki.

  • Makanan

Jika merancang mahukan anak perempuan, isteri haruslah memperbanyakkan makanan berasid seperti daging, limau, asam, nenas dan lain-lain. Suami pula harus mengamalkan makanan berciri sebaliknya iaitu makanan beralkali seperti sayuran, buah-buahan, kekacang, makanan pedas, susu, keju dan putih telur. Jika mahukan anak lelaki, jenis pemakanan suami isteri perlu ditukar iaitu suami perlu memperbanyakkan makanan berasid dan isteri pula melebihkan makanan beralkali.

  • Klimaks

Faktor klimaks dalam hubungan seksual juga penting bagi menentukan jantina bayi yang bakal dikandung. Bagi mendapatkan anak lelaki, isteri perlu klimaks terlebih dahulu sebelum suami. Ini berlaku kerana apabila isteri klimaks, cecair alkali akan dilepaskan. Namun, jika sebaliknya berlaku, iaitu suami klimaks terlebih dahulu sebelum isteri, kemungkinan besar anda boleh mendapat anak perempuan kerana keadaan di dalam faraj adalah lebih berasid.

  • Langkah persediaan oleh isteri

Jika merancang untuk mendapat anak lelaki, isteri boleh mencuci faraj dengan menggunakan air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya faraj lebih beralkali. Cecair bikarbonat atau sodium bikarbonat boleh didapati di farmasi-farmasi. Manakala jika mahukan anak perempuan, persediaan boleh dibuat dengan mencuci faraj menggunakan air yang dicampur dengan satu sudu cuka supaya faraj lebih bersifat asid.

Corak pemakanan ini perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk hamil. Ini perlu bagi mempersiapkan tubuh dan sistem badan kita mengikut keadaan yang diinginkan, iaitu sama ada beralkali atau berasid. Disamping itu, banyakkan amalan berdoa sebelum bersama, sambil berniat untuk jantina anak yang anda dan pasangan inginkan selain memperbanyakkan bacaan surah Yusuf dan Maryam

Ataupun, anda juga boleh juga berikhtiar menggunakan kaedah carta kuno ini. Carta ini berasal dari China dan mendapat perhatian dari seluruh dunia apabila dikejutkan dengan penemuan carta ini yang tertanam di kawasan yang berhampiran dengan makam raja China. Kemudiannya, ia dipamerkan di Institut Sains Beijing dan dipercayai sudah berusia 700 tahun!

Menariknya, carta kuno ini menjadi ikutan dan panduan ramai pasangan suami isteri seluruh dunia kerana dikatakan ramalan carta ini kebetulan tepat sebanyak 99%! Oleh itu, anda boleh mencuba mengikut jadual carta kuno ini jika merancang inginkan anak perempuan atau anak lekaki.

 carta kuno jantina anak

Menurut carta kuno ini, jantina anak boleh ditentukan mengikut umur ibu yang bakal hamil ketika persenyawaan berlaku. Contohnya, Emma berumur 25 tahun dan inginkan anak perempuan. Oleh itu, Emma perlu melakukan hubungan seksual bersama suami pada bulan Januari, April, Mei dan Julai bagi meningkatkan peluang dan potensi hamil anak perempuan.

Walau apapun, terpulang kepada setiap individu untuk mempercayai atau tidak carta kuno ini. Tidaklah jatuh syirik jika anda berusaha mendapatkan jantina anak pilihan anda dengan menggunakan carta ini kerana ia dibuat berdasarkan sains. Sains dan agama Islam adalah saling berkaitan dan membuktikan kuasa yang maha Esa.

Namun pun begitu, perlu sentiasa diingat bahawa kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Walau apa pun kehendak dan keinginan kita, sifat syukur dan redha perlu ada dalam diri kita sebagai manusia biasa. Sama ada lelaki atau perempuan, asalkan bayi yang akan dilahirkan cukup sifat dan sihat adalah satu perkara yang sangat perlu disyukuri.