Apabila bercakap tentang kesuburan, fungsi sistem pembiakan lelaki turut memainkan peranan yang sama kepada kejayaan kehamilan. Kira-kira 20 peratus ketidaksuburan atau kemandulan datang daripada lelaki sahaja! Dan kira-kira 27 peratus ketidaksuburan dan kemandulan melibatkan kedua-dua pasangan. Oleh itu hampir 50 peratus kemandulan melibatkan lelaki. Kesuburan, kesihatan sistem pembiakan secara keseluruhan, dan nutrisi adalah sangat berkait rapat dengan lelaki. Penyelidikan menunjukkan hubungan yang semakin dekat antara vitamin, mineral, asid lemak penting dan sistem kesuburan dan pembiakan lelaki.

Sebab itulah pentingnya kepada pasangan untuk bekerjasama dalam memperbaiki nutrisi mereka dan faktor gaya hidup yang lain sebagai sebahagian daripada cara membantu diri untuk mengatasi kemandulan atau ketidaksuburan. Kerjasama keduanya adalah penting walaupun ketika diagnosis perubatan menyatakan masalah kesuburan hanya dari wanita sahaja. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk hamil, anda suami isteri perlu berusaha untuk memperbaiki nutrisi dan kesihatan secara keseluruhan, sama ada mempunyai sebab atau tidak untuk mempercayai bahawa kemandulan adalah disebabkan oleh hanya satu pihak daripada anda. Ketidaksuburan atau kemandulan boleh melibatkan kedua-dua anda, dan walaupun ianya tidak melibatkan anda berdua, memperbaiki nutrisi oleh salah seorang daripada pasangan boleh membantu menyeimbangkan separa ketidaksuburan sebelah pihak.

Kesuburan lelaki semakin menurun dari tahun ke tahun

“Kualiti dan kuantiti” adalah ungkapan yang digunakan oleh ahli fisiologi dan doktor pakar untuk meringkaskan kepentingan kesuburan lelaki. Ia merujuk kepada sel pembiakan lelaki, iaitu sperma. Kualiti sperma merujuk kepada kemampuan mereka untuk bergerak ke hadapan, untuk mencerna tisu yang mengelilingi ovum, dan melibatkan diri dalam persenyawaan sebenar. Kualiti boleh dinilai secara mikroskopik dengan memerhatikan bentuk (morphology) sperma dan juga pergerakan (motility) mereka. Sperma normal mempunyai kepala berbentuk bujur dan panjang, dan berekor tunggal; keabnormalan seperti dua kepala atau pendek, ekor berpintal sepatutnya dalam jumlah yang kecil sahaja. Kebanyakan sperma harus mampu untuk bergerak ke hadapan dengan gerakan sebatan ekor, dan pengumpalan sperma, yang dipanggil spermaggulutination, tidak boleh berlaku lebih daripada satu perempat daripada sel-sel sperma. Kualiti sperma juga termasuk bahan genetik di kepala sperma, dan semua DNA penting.

Kuantiti sperma yang diperlukan untuk kesuburan normal adalah sangat banyak. Setiap satu daripada 3-5 mililiter pancutan air mani atau ejakulasi biasanya mengandungi 60-120 juta sperma. Apabila jumlah sperma menurun kepada 20 juta “sahaja” per mililiter, lelaki tersebut biasanya mandul. Apabila jumlah sperma yang terlalu sedikit ini berlaku, sperma perlu mengatasi keadaan faraj yang berasid, untuk mengganti kehilangan yang berlaku sebaik sahaja sperma berpindah melalui saluran pembiakan wanita, dan menyediakan jumlah sperma yang mencukupi sekiranya ovulasi berlaku dua atau tiga hari selepas berhubungan. Ratusan sperma mesti sampai di sekitar ovum untuk mencernakan penutupnya secara kimia sebelum nukleus satu sperma dapat melebur nukleus sesuatu ovum, dimana ianya adalah satu acara kepada permulaan kehidupan seseorang individu.

Anda mungkin tidak sedar bahawa selama lebih daripada satu generasi, kiraan purata sperma pada lelaki telah jatuh dengan ketara. Antara penyebab kemungkinan dalam penurunan ini adalah pendedahan kepada estrogen alam sekitar, racun perosak, bahan kimia industri, dan logam berat seperti plumbum dan kadmium. Berat badan berlebihan atau obesiti dan nutrisi adalah juga faktor penyumbang kepada penurunan tahap kesuburan lelaki.

NOTA: Amalkan Set Rezeki Ilahi dari nakhamil.com sekarang. Jangan cakap tak perlu, sudah kuat, badan tak sakit atau sihat. Kita sentiasa perlukan sokongan dan bantuan agen-agen kesuburan bagi menambah dan merawat kesuburan, luar dan dalam. Sebarang soalan dan order, boleh direct whatsapp saya 013-3699505 (Puan Ila) 🙂