Sperma lelaki memerlukan lebih daripada dua bulan untuk matang daripada awal hingga selesai. Pembaikan tahap kesuburan lelaki melalui pemakanan tidak boleh berlaku dengan serta merta, melainkan dalam kes sperma yang bergumpal. Sperma boleh bergumpal di kepala, ekor atau kepala ke ekor. Apa sahaja masalah kesuburan, langkah pertama untuk kedua-dua pasangan suami isteri adalah perbaiki diet atau pemakanan anda, amalkan pemakanan makanan tambahan atau supplement bagi meningkatkan kesuburan serta bersama pada waktu yang tepat. Anda mungkin sering menganggap bahawa punca tidak hamil adalah datang dari salah satu pihak sahaja semata-mata, dan hakikatnya, kebanyakan berpunca daripada kedua-duanya.

Menentukan waktu untuk bersama juga penting. Bersama pada fasa subur atau selang sehari semasa fasa subur boleh membantu untuk mengimbangi jumlah sperma lemah pada suami dan jenis lendiran mucus serviks pada isteri. Usaha meningkatkan tahap kesuburan melalui pemakanan juga mungkin membolehkan salah seorang daripada pasangan untuk mengganti atau “tampal” ketidaksuburan salah seorang lagi. Contohya, isteri berusaha untuk meningkatkan mucus serviksnya dengan vitamin A yang mana mungkin boleh membantu untuk mengatasi ketidaksuburan yang disebabkan oleh jumlah sperma yang sedikit atau kualiti sperma yang lemah pada suami, dan sekiranya pemakanan yang baik meningkatkan jumlah sperma lelaki kepada tahap yang lebih tinggi atau kualiti yang lebih baik, ianya boleh menyelesaikan masalah tiub fallopio tersumbat pada isteri. Walaubagaimanapun, apa yang paling penting, apabila suami isteri bekerjasama, anda akan saling memberi galakan serta ransangan kepada satu sama lain dan tugas akan menjadi lebih mudah.

sperma yang berkualiti

Romantic sperm for sexy ovum. Baby Dust 🙂

NOTA: Klik untuk melihat Set Rezeki Ilahi dan Testimoni Pelanggan Yang Berjaya Hamil. Hubungi saya di nakhamil@gmail.com atau whatsapp 013-3699505 (Puan Ila) 🙂