Ovum atau telur wanita adalah tempat di mana sperma datang berpusu-pusu untuk mendapatkan tempat. Dan hanya satu sahaja yang mungkin berjaya mensenyawakan ovum. Satu proses yang agak kompleks mungkin kalau difikir dan dibayangkan. Tetapi inilah realitinya yang berlaku di dalam sistem pembiakan wanita yang menuju kepada kehamilan. Terdetik saya nak tulis mengenai ini adalah kerana mendapat satu masalah dari seorang pelanggan beberapa minggu lepas. Puan tersebut whatsapp saya mintakan pendapat, bantuan dan nasihat. Sudah 3 tahun berkahwin tapi belum lagi dikurniakan zuriat. Saya tanya ada berjumpa doktor atau tidak dalam tempoh ini. Dan dia kata ya ada. Doktor kata telurnya bermasalah, kecil dan tidak matang. Jadi saya cadangkan kepadanya untuk amalkan set Rezeki Ilahiย dari nakhamil.comย  . Mengapa? Kerana ini adalah makanan tambahan untuk kesuburan yang lengkap kepada setiap organ seks badan dan insyaAllah mengoptimumkan kesuburan suami isteri. Harini saya terima berita gembira darinya yang mengatakan telurnya doktor kata semakin cantik, bulat dan matang. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Saya doakan ada good news yang sangat good good lepas ni (dapat baby, hamil laa..) Ehee ๐Ÿ˜‰

Persenyawaan sperma dan ovum

Hamboi tengok sperm tu. Seronok betul dapat masuk dalam ovum sampai gelakkan sperm yang lain! Hehee ๐Ÿ˜€

Penting ke untuk kita ambil tahu tentang kesihatan ovum atau telur kita? Ya sangat penting! Terutama kalau nak hamil. Segala benda kena ambil tahu ๐Ÿ˜‰ Anda dilahirkan dengan semua ovum (telur) yang anda ada sepanjang hidup. Pada mulanya, bekalan ovum (telur) anda adalah kira-kira 5 juta. Ini berlaku apabila anda masih membesar pada kira-kira enam bulan kehamilan di dalam perut ibu. Dari ketika ini dan seterusnya, anda mengalami penurunan yang tidak henti-henti dan tidak dapat dipulihkan dalam ovum (telur). Ketika dilahirkan, bekalan ovum (telur) anda telah berkurangan kepada kira-kira 2 juta. Dan apabila anda mula didatangi darah haid pada umur 11 tahun ke atas, hanya 400 ribu ke 500 ribu ovum (telur) yang masih tinggal. Sepanjang hidup, anda akan berovulasi antara 400 ke 450 ovum (telur). Walaupun jumlah ini kelihatan sudah banyak, tetapi hakikatnya tidak. Ini kerana 99.9 peratus ovum (telur) akan melalui atresia (mati).

Untuk memahami mengapa kebanyakan ovum (telur) anda mati anda perlu tahu bagaimana proses ini berlaku. Sebelum anda berovulasi, sekumpulan ovum (telur) terbentuk secara bebas daripada FSH. Sebaik sahaja matang, folikel mereka (struktur yang melindungi ovum) melepaskan estrogen yang memberi isyarat kepada badan anda untuk memperlahankan penghasilan FSH. Sebaik sahaja FSH menurun, sesetengah ovum (telur) berhenti matang. Akhirnya, hanya satu ovum (telur) sahaja cukup matang untuk berovulasi. Untuk memberi gambaran kepada proses ini, cuba bayangkan bahawa ovum-ovum anda adalah tentera yang menuju ke arah pinggir tebing. Badan anda gagal memberi amaran terhadap majoriti bahaya yang akan berlaku, tetapi hanya sesetengah sahaja yang mendapat amaran. Tentera yang gagal mendapat amaran daripada badan anda tidak mempunyai pilihan lain melainkan berarak ke tepi. Tetapi tentera yang menerima isyarat FSH daripada badan akan mula matang.

Ovarian reserve adalah jumlah ovum (telur) yang dimiliki anda pada bila-bila masa. Anda akan mula kehilangan ovum (telur) sekiranya anda menggunakan pil perancang keluarga, mendukung anak pada jangka waktu yang lama atau menyusukan bayi.

Sentiasa ingat bahawa ovum (telur) anda adalah sel-sel hidup yang terpanjang di dalam badan, dimana boleh menyumbang kepada peningkatan bilangan genetik tidak normal yang terdapat dalam ibu-ibu yang lebih tua. Apabila anda mencapai menopause, (sekitar umur 51 tahun) bekalan ovum (telur) anda telah habis.

Sebelum kehilangan telur terakhir anda, terdapat haid yang panjang (lima ke sepuluh tahun)ย  dimana anda mungkin mengalami kesuburan yang sedikit. Ketika ini, anda mungkin mengalami peningkatan kebolehubahan dalam panjang kitaran haid anda dan mengalami kitaran terlepas sekali sekala. Penurunan dalam kesuburan adalah kerana kualiti ovum (telur) yang semakin berkurang serta penurunan kecekapan baki ovum (telur) yang ada. Kecekapan ovum (telur) yang semakin menurun menunjukkan kesuburan dirinya yang semakin berkurang terutamanya apabila semakin meningkat usia, lantas meningkatkan kemungkinan keguguran dan kromosom tidak normal seperti Down Syndrome.

NOTA: Macam mana cara nak tambah kesuburan dan pastikan kesuburan suami isteri sentiasa di tahap baik, good, excellent, optimum, bravo dan yang paling penting untuk cepat hamil?! Klik DISINI. Whatsapp saya Puan Ila 013-3699505 ๐Ÿ™‚