Checklist kesuburan. Anda sudah?

Checklist atau langkah-langkah mudah untuk memaximumkan kesuburan adalah perlu jika anda merupakan pasangan yang Try To Conceive (TTC)! So, jom kita tick antara checklist di bawah ini, yang mana sudah dan yang mana belum.

ISTERI

  • Kira hari subur anda dengan tepat. Pastikan kitaran haid anda setiap bulan dicatat di atas kalendar. Tak tahu nak kira macam mana? Rujuk DISINI. Jika haid anda tidak teratur, pastikan anda mempunyai catatan rekod hari anda period selama lebih kurang 6 bulan. Ambil kitaran haid paling sedikit untuk tentukan hari subur.
  • Kenali perubahan mukus (lendiran) servik anda. Jika lendir servik adalah pekat dan tebal, kesuburan anda di tahap rendah. Jika lendiran servik anda cair sepert putih telur, paras kesuburan anda di tahap terbaik dan tinggi. Rujuk DISINI.
  • Gunakan Ovulation Test Kit¬†untuk mengetahui dengan tepat waktu subur. Boleh dapatkan dari nakhamil.com
  • Baring sebentar setiap kali selepas ‘bersama’ kira-kira 20 ke 30 minit. Jangan lupa untuk meletakkan bantal kecil di bawah pinggul supaya posisi rahim berada lebih tinggi daripada kaki. Ini untuk memastikan sperma yang masuk mudah berenang menuju destinasi.
  • Amalkan pengambilan Set Rezeki Ilahi.

SUAMI

  • Berejakulasi setiap dua atau tiga hari untuk memastikan sperma baru sentiasa terhasil dan menggantikan sperma lama.
  • Mandi air sejuk 30 minit sebelum ‘bersama’.
  • Amalkan pemakanan supplement untuk memekatkan air mani, menambahkan sperma berkualiti. Set Rezeki Ilahi dapat membantu dalam kesuburan suami isteri.
  • Rawat mati pucuk.
  • Lain-lain, Rujuk DISINI.

PASANGAN SUAMI ISTERI

  • Melakukan hubungan seksual dengan posisi yang terbaik iatu lelaki di atas dan isteri di bawah. Rujuk DISINI.
  • ‘Bersama’ pada waktu pagi kerana kualiti sperma adalah paling baik pada waktu pagi.
  • Elakkan oral seks. Ini kerana bakteria di dalam air liur boleh merosakkan sperma dan mengurangkan peluang untuk hamil.
  • Elakkan penggunaan pelincir di pasaran yang juga boleh merosakkan sperma.
  • Jangan berhubungan di dalam air.