Endometriosis atau cyst adalah salah satu penyakit ketidaksuburan yang boleh dikatakan kerap berlaku di kalangan wanita. Pernah nakhamil.com ulas beberapa lagi penyakit ketidaksuburan wanita di entry ini, rujuk DISINI. Endometriosis seringkali menjadi penyebab atau punca utama apabila wanita diserang sakit yang amat sangat ketika haid, sakit ketika melakukan hubungan seksual, dan pendarahan yang banyak dan tidak tetap. Penyakit ini bermula apabila tisu endometrium bergerak ke belakang melalui tiub fallopio semasa haid dan disimpan dalam rongga abdomen. Sel-sel hidup di dalam tisu ini boleh berkembang di dalam abdomen, dan apabilan implan tidak normal ini dirangsang oleh perubahan hormon dalam kitaran, mereka terbina dan kemudian berdarah, menyebabkan keradangan dan kesakitan yang amat sangat. Walaubagaimanapun, selagi kesakitan boleh diuruskan, ia adalah kadar kemandulan yang tinggi yang dibimbangi ramai wanita yang mengalami endometriosis. Kira-kira satu pertiga wanita yang mempunyai endometriosis mengalami masalah kesuburan.

Sekiranya endometriosis dibiarkan sahaja tanpa rawatan, kemandulan boleh dikenalpasti daripada parut dan keradangan dari implan endometrium. Mengapa kemandulan berlaku pada wanita dengan darjah penyakit yang lebih ringan? Beberapa kemungkinan mungkin adalah masalah yang berkaitan dengan endometrium yang menghalang implantasi, masalah hormon ovari, ovulasi tidak berlaku, bahan kimia anti-sperma di dalam cecair perut, dan gangguan fasa luteal.

Sekiranya anda mempunyai endometriosis, anda perlu berusaha dan berikhtiar untuk merawat, disamping bertemu dengan doktor yang pakar di dalam kes ini, dan komited untuk melakukan yang terbaik untuk membantu anda menjaga kesuburan seboleh mungkin. Walaubagaimanapun, penjagaan diri anda sendiri dari segi nutrisi yang baik dan makanan tambahan untuk kesuburan  seperti Rezeki Ilahi boleh membantu merawat, mengurangkan keradangan, mengurangkan kesakitan, dan mungkin membantu mengatasi atau menangani endometriosis dan kemandulan.

Gangguan Fasa Luteal dan Endometriosis

Gangguan fasa luteal dan endometriosis adalah kemungkinan saling berkaitan. Gangguan fasa luteal merujuk kepada rendah paras progesteron ketika fasa selepas ovulasi (luteal) dalam kitaran. Satu kajian yang membandingkan wanita dengan endometriosis yang subur dengan wanita dengan endometriosis yang tidak subur menunjukkan bahawa kumpulan yang tidak subur mempunyai paras progesteron yang rendah dan tahap prolaktin yang tinggi. Progesteron yang rendah berkaitan dengan kenaikan paras hormon prolaktin; iaitu tinggi paras prolaktin boleh menjejaskan corpus luteum dan mengurangkan paras progesteron. Gangguan fasa luteal adalah seringkali berkaitan dengan kekerapan endometriosis di kalangan wanita dan juga PMS. Fungsi luteal yang tidak normal adalah salah satu sebab berlakunya PMS.

endometriosis punca wanita tidak subur