Ya! Tidur yang mencukupi sangat penting tetapi sering diabaikan kerana jarang diberi penekanan dalam kehidupan seharian. Faktor yang sangat penting untuk mengatasi masalah haid tidak teratur. Mudah untuk kita menipu diri sendiri jika kita hanya tidur satu jam atau dua jam sahaja kerana terlampau sibuk dan mungkin caffeine daripada kopi yang diminum mengurangkan waktu tidur. Walaubagaimanapun, tidur yang mencukupi sangat memberi kesan yang hebat kepada apa yang anda rasa, kesejahteraan hidup seharian, tenaga anda, tahap tekanan anda dan mengatasi haid tidak teratur setiap bulan. Ya, anda mungkin boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan mendapat tidur selama 6 jam setiap malam, tetapi anda perlu meletakkan matlamat kepada apa yang menjadikan anda bertenaga sepanjang hari.

Untuk kebanyakan wanita, perlu tidur selama lapan atau lebih baik sembilan jam, terutamanya jika anda sering terjaga malam untuk menjaga anak, sering membuang air kecil dan gangguan-gangguan tidur yang lain. Jika anda hamil atau menyusukan bayi, tidur sebentar sebagai tambahan kepada lapan atau sembilan jam pada waktu malam adalah perlu untuk berasa lebih hebat. Jika anda perlukan motivasi yang lebih berbanding tenaga untuk membolehkan anda tidur dengan cukup, anda perlu mempertimbangkan: tidur yang tidak mencukupi berkait rapat dengan kenaikan berat badan wanita, dan secara purata, semakin kurang tidur seseorang, semakin bertambah berat badan mereka.

Saya yakin bahawa ramai wanita yang tidak sedar akan symptom penyakit kurang tidur yang kronik kerana ia telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Pada pendapat saya, ramai yang merasakan mereka hanya kekurangan tenaga, atau stress atau marah dengan perangai seseorang, sedangkan kekurangan tidur adalah punca sebenar berlakunya symptom ini.

Berikut adalah beberapa idea dan tips daripada nakhamil.com untuk membantu anda mendapatkan tidur yang anda perlukan: Pertama, sedar bahawa anda perlukan tidur yang cukup, kemungkinan lapan jam setiap malam, atau mungkin lebih. Kemudian, fikirkan bagaimana anda perlu mendapatkan masa sebanyak itu untuk tidur. Bolehkah anda bangun lewat pada waktu pagi?  Tidur sebentar pada waktu pagi, tengahari, atau awal pagi? Tidur awal setiap malam? Aktiviti apa yang perlu anda tinggalkan untuk mendapatkan waktu yang lebih untuk tidur?

Anda akan berasa lebih baik, berfikir dengan lebih baik, kelihatan lebih baik, dan menikmati hidup dengan lebih baik jika anda melaluinya dengan rehat yang mencukupi. Anda akan menjadi lebih ceria dan dapat menguruskan tekanan dengan lebih baik. Sistem imunisasi anda akan bekerja dengan lebih sihat dan anda akan menjadi lebih produktif jika anda meluangkan masa yang diperlukan untuk tidur, kerana ia akan meningkatkan tenaga dan tumpuan mental ketika waktu sedar anda.

Bagaimana jika anda menhadapi masalah untuk melelapkan mata? Caffeine, kopi, dan manisan sebelum waktu tidur boleh memberi rangsangan kepada badan dan minda. Jangan mengambil salah satu daripada ini kecuali sebelum tengahari. Elakkan mendengar berita yang merisaukan atau filem seram sebelum masuk tidur. Cuba pergi tidur dan bangun pada waktu yang biasa anda bangun. Pastikan katil anda selesa atau cukup lembut selain memastikan bilik anda cukup panas atau sejuk. Memperbaiki perkara-perkara ini boleh memperbaiki kualiti tidur anda.

Tidur sangat penting untuk menyeimbangkan keseimbangan hormon dan melancarkan kitaran haid

Mungkin sleeping mask ini boleh sedikit sebanyak membantu anda untuk tidur dengan baik. Macam comel jugak kan? Tambah-tambah kalau warna pink! Heee

Selain itu, pastikan bilik anda cukup gelap jika anda mengalami masalah untuk tidur atau tidur dengan baik. Mengapa? Apabila tiada cahaya, hormon melatonin dikeluarkan daripada kelenjar pineal, yang tertanam di dalam otak. Sebaliknya, jika bilik bercahaya, kelenjar pineal akan menerima mesej daripada mata anda, dan pengeluaran melatonin berkurang. Hormon ini adalah bantuan tidur semula jadi, dan walaupun dalam cahaya malap boleh mengurangkan penghasilannya, lebih kepada wanita berbanding lelaki. Anda menghasilkan melatonin yang semakin berkurang apabila meningkat usia, dan turun sedikit ketika pra-menapause. Ini bermaksud bilik yang terlalu gelap adalah faktor utama yang sangat penting kepada kualiti tidur anda apabila semakin meningkat usia. Pertimbangkan penggunaan langsir bilik yang berwarna gelap dan jam tanpa lampu.

NOTA: Amalkan Set Rezeki Ilahi untuk mengembalikan keseimbangan hormon badan, merawat kesuburan, melancarkan peredaran darah dan haid, serta memeliharan kesihatan organ seks badan. Boleh terus whatsapp saya Puan Ila 013-3699505  🙂