peranan estrogen dan progesteron ketika ingin hamil

Peranan estrogen dan progesteron sebelum ovulasi dan selepas ovulasi

Semasa sebelum ovulasi berlaku, hormon estrogen akan mendominasi fasa tersebut yang dikenali sebagai pra-ovulasi, dimana fasa folikel dalam kitaran anda yang semakin matang bagi mengeluarkan telur daripada sarang semasa ovulasi. Selepas ovulasi sudah berlaku, hormon progesteron pula yang akan mendominasi fasa ini yang dikenali sebagai fasa luteal. Fasa luteal adalah sehari selepas ovulasi berlaku sehingga kedatangan haid seterusnya.

korpus luteum dibentuk oleh progesteron yang semakin meningkat selepas ovulasi

Sebelum ovulasi berlaku, progesterone hadir dalam jumlah yang sangat kecil. Selepas ovulasi, hormon progesteron akan meningkat naik secara mendadak dan lebih tinggi. Progesteron dihasilkan oleh korpus luteum (mayat folikel ovari selepas ovulasi). Antara peranan hormon progesteron adalah:

  • Progesteron menjadikan lapisan uterus anda lembut dan berspan supaya telur yang telah disenyawakan boleh menempel dan implant.
  • Progesteron diperlukan untuk menyokong dan mengekalkan kehamilan.
  • Progesteron menyebabkan suhu asas badan anda atau Body Basal Temperature (BBT) meningkat selepas ovulasi supaya ianya boleh diukur oleh termometer.
  • Progesteron menyebabkan suhu asas badan anda kekal tinggi sepanjang kehamilan.

 

NOTA: Rujuk Set Hamil Lengkap dan Testimoni Yang Berjaya Hamil. Hubungi saya secara terus di sms/whatsapp 013-3699505 (Puan Ila) 😉