Pengalaman menyusukan bayi sendiri pasti adalah antara pengalaman terindah menjadi seorang ibu. Sebuah pengalaman yang takkan dilupakan memberi susu untuk mengenyangkan zuriat kita. Dalam penyusuan juga, akan membina ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi serta mewujudkan keadaan yang selesa kepada bayi. Jika menulis tentang aspek penyusuan, semuanya indah dan bahagia. Tidak lagi masuk bab khasiat susu ibu, berapa OZ sehari bayi kita minum, masalah kepada stok susu, jenis pam yang bersesuaian dan sebagainya. Akan tetapi jika dibincang atau diketengahkan tentang tahap kesuburan seseorang wanita atau ibu selepas melahirkan bayi, pasti ramai yang tidak tahu atau tercari-cari sebab dan puncanya.

Masalah atau kerunsingan yang sering berlaku kepada kaum wanita yang baru melahirkan anak atau wanita yang masih menyusukan bayinya adalah gangguan kitaran haid. Mengapakah gangguan kitaran haid berlaku? Apabila hormon ovulasi iaitu FSH dan LH menjadi rendah secara konsisten kerana ibu yang menyusukan bayi akan mengalami amenorrhea yang panjang (haid tidak datang), perkembangan folikel tidak berlaku dan endometrium tidak berkembang. Apabila perkara ini terjadi, terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada ovulasi dan haid berlaku ataupun kedua-duanya tidak berlaku.

Apabila seseorang ibu yang menyusukan bayi tersebut mula untuk menghasilkan lebih banyak hormon pembiakan, mucus serviks akan mula terhasil dan endometrium berkembang. Sekiranya ibu menyusu tersebut tidak mengalami ovulasi, lama kelamaan endometrium akan terurai, menyebabkan tompokan darah atau darah yang penuh keluar, dan kadangkala berlaku pendarahan yang berpanjangan. Haid tanpa ovulasi sebelumnya menunjukkan bahawa ibu yang menyusu tersebut tidak subur. Tidak subur dalam konteks ini bermaksud jika bersama suami, potensi ibu tersebut akan hamil adalah tidak kerana “kitaran anovulatory” (kitaran tanpa ovulasi) telah berlaku. Perkara ini adalah biasa bagi ibu yang menyusukan bayi untuk mempunyai satu atau beberapa haid dan kitaran tanpa ovulasi (anovulatory).

Apabila gangguan kesuburan yang disebabkan oleh hormon menyusu semakin berkurangan, peningkatan FSH dan LH akan merangsang sedikit pembangunan satu folikel ovari, dan telur tidak matang yang mungkin tidak berupaya untuk persenyawaan mungkin terovulasi. Oleh yang demikian, perubahan suhu asas berlaku walaupun ianya mungkin kurang daripada perubahan biasa 0.4° F. Apabila paras FSH dan LH pada fasa preovulatory menetapkan peringkat tersebut bagi fungsi corpus luteum selepas ovulasi, fungsi luteal boleh dikurangkan.

Terdapat satu carta sympto-thermal dimana tanda-tanda kesuburan direkodkan dan boleh menunjukkan ini dengan fasa luteal (selepas ovulasi) yang agak sedikit pendek berbanding normal dua belas ke enam belas hari peningkatan suhu asas. Peluang kehamilan akan kurang berlaku sekiranya tempoh peningkatan suhu dalam fasa luteal adalah kurang daripada sembilan ke dua belas hari. Tompokan darah atau “spotting” mungkin juga berlaku sebelum haid sebenar bermula, sementara suhu badan masih tinggi. Darah kotor yang keluar secara tidak teratur mungkin adalah satu lagi manifestasi kekurangan luteal. Corak keseluruhan ibu menyusu pada peringkat ini kembali kepada kesuburan normal seperti sebelumnya termasuk mempunyai lendiran mucus yang panjang yang “lebih subur” sebelum ovulasi, serta kelewatan ovulasi  yang menyebabkan kitaran yang panjang.

Akhirnya, corak kesuburan ibu yang masih menyusukan bayi ini kembali normal seperti sediakala, dan ibu tersebut boleh meneruskan penyusuan bayinya untuk berbulan-bulan lagi dan mempunyai kitaran ovulasi yang subur, serta berkemungkinan besar boleh hamil lagi ketika ini. Saya harap dengan penulisan entry saya pada kali ini akan menghilangkan kerunsingan para ibu yang gelisah apabila tidak datang haid selama berbulan-bulan selepas melahirkan anak. Walaubagaimanapun, setiap orang akan melalui proses dan tahap kesuburan yang berbeza. Ianya bergantung kepada hormon, pemakanan, persekitaran, tekanan dan sebagainya.

Ibu Menyusu Bayi Alami Gangguan Kitaran Haid dan Kesuburan

Namun, ada juga yang langsung tidak didatangi haid selama bertahun-tahun selepas melahirkan anak pertama. Oleh itu berkali-kali saya tekankan bahawa makanan tambahan atau supplement untuk kesuburan dan kesihatan secara menyeluruh tidak boleh diabaikan atau terhenti. Meskipun tujuan dan hasrat untuk memperoleh zuriat telah tercapai, tetapi penjagaan dan pengekalan kesuburan dan kesihatan keseluruhan tidak boleh ditinggalkan. Contohnya sebelum hamil dan ketika hamil kita menjaga kesihatan dari pelbagai aspek luar dan dalam untuk memastikan semuanya sihat sempurna. Segala makanan tambahan, makanan sunnah dan supplement kita amalkan. Tetapi setelah berjaya dan selamat melahirkan, kita terlupa untuk menjaga diri sendiri. Inilah silapnya yang sering berlaku kepada kaum wanita dan para ibu. Dek kerana pengabaian dan kelalaian ini, akan memberi kesan jangka panjang kepada tahap kesihatan dan kesuburan kita sebagai wanita.

Apa yang ingin saya simpulkan adalah, amalkan makanan tambahan atau supplement untuk kesuburan dan kesihatan secara konsisten dan berterusan. Penting untuk memastikan kesuburan kita sentiasa di tahap optimum, mengelakkan daripada sebarang penyakit dalaman, rahim sentiasa bersih dan subur, pengekalan tahap kesihatan salur darah, mengelakkan daripada penyakit tiga serangkai (jantung, kencing manis, darah tinggi), mengelakkan kanser, menambah hormon, melancarkan kitaran haid, menambah tenaga dan banyak lagi manfaat serta khasiat yang tidak terhitung nilainya kepada kesihatan diri kita.

Sekiranya anda sedang Try To Conceive (TTC) atau dalam usaha untuk memperoleh zuriat lagi, jangan runsing sekiranya anda telah lama tidak melakukan penjagaan kepada tahap kesihatan dan kesuburan anda. Masalah-masalah kesuburan anda seperti gangguan kitaran haid, senggugut, keputihan dan sebagainya masih tidak terlewat untuk dirawat. Klik DISINI untuk mengetahui dengan lanjut dan klik DISINI untuk melihat mereka yang sudah berjaya hamil dengan ikhtiar daripada cadangan nakhamil.com  . Boleh hubungi saya secara terus di whatsapp 013-3699505 (Puan Ila) atau email nakhamil@gmail.com 🙂