Supplement adalah makanan tambahan yang terdiri daripada pelbagai vitamin dan mineral. Vitamin dan mineral juga dipanggil “mikronutrient” kerana diperlukan dalam jumlah yang sedikit berbanding “makronutrient” iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Dari segi berapa banyak yang diperlukan, dua asid lemak penting adalah di antara mikronutrient dan makronutrient. Namun, disini “mikronutrient” merujuk kepada vitamin, mineral, dan asid lemak penting, kerana tiga kelas nutrient penting ini boleh ditambah kepada bentuk pil atau kapsul iaitu supplement.

Tujuan nakhamil.com menulis entry ini adalah untuk menekankan kepentingan pengambilan supplement kepada pasangan yang ingin hamil. Ya, tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki. Usaha untuk hamil memerlukan kerjasama dan usaha dari dua pihak. Sekiranya hanya satu pihak sahaja berusaha dan satu lagi tidak, mungkin akan ada gangguan kesihatan lain yang anda tidak sedar, dan boleh mengganggu kejayaan kepada kehamilan. Ada juga yang kata, “eh, saya dah makan cukup, penuh khasiat. Nak buat apa supplement lagi?”. Atau “Nenek saya dulu ok je boleh mengandung, takde supplement ni semua”. Dimana hakikatnya kita tidak sedar bahawa corak pemakanan dahulu dan sekarang adalah jauh berbeza. Berbeza dari pelbagai segi iaitu jenis makanan, cara penghasilan, cara penjagaan, cara penyediaan dan sebagainya. Biasanya orang ramai akan ambil mudah perkara ini sampailah sekiranya masalah sukar hamil atau masalah kesuburan berlaku kepada dirinya sendiri.

Jangan salah anggap bahawa orang yang hamil sahaja kena ambil supplement. 100% salah ye! Wanita, lelaki dan pasangan yang ingin mempunyai zuriat adalah tersangat perlukan supplement. Sebab apa? Jom saya kongsi serba sedikit kenapa perlu ambil supplement untuk berjaya hamil. 😉

supplement untuk hamil

Supplement memenuhi keperluan nutrient individu. Berdasarkan kepelbagaian genetik manusia, hampir semua manusia perlukan keperluan lebih banyak berbanding biasa dan lebih 50 nutrient penting. Anda mungkin tidak menyerap nutrient tertentu daripada saluran penghadaman dengan baik, berikutan masalah yang meningkat dengan umur walaupun ketika keperluan anda terhadap kalori sudah menurun. Wanita hamil dan menyusu, juga yang ingin hamil memerlukan nutrient yang tinggi yang boleh didapati daripada diet yang seimbang. Sesetengah ubat terapeutik mengurangkan mikronutrient contohnya ubat tahan sakit mengurangkan paras vitamin C, asid folik dan iron. Memakan gula halus mengurangkan vitamin B dalam badan dan beberapa mineral lain. Supplement membantu untuk memastikan anda mendapat nutrient yang mencukupi untuk setiap keadaan.

Supplement membantu badan menyingkirkan toksin. Vitamin dan mineral membantu badan untuk menyahtoksik bahan berbahaya yang terbentuk di dalam sel melalui metabolisma normal, begitu juga yang lain yang diambil ke dalam badan kerana kehadirannya dalam persekitaran. Contohnya asid folik, vitamin B6, dan vitamin B12 membolehkan badan mengurangi paras homocysteine, hasil sampingan berbahaya metabolisma asid amino tertentu. Vitamin A, C dan E dan beta-karotin dikenali sebagai anti-oksidan, yang meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang terbentuk di dalam sel. Vitamin A membantu badan untuk menyahtoksik bahan cemar seperti dioksin dan biphenols bifenil (PCBs). Manakala selenium membantu melindungi daripada logam berat bertoksik. Banyak vitamin dan mineral yang diperlukan sebagai sebahagian daripada sistem enzim contohnya hati menggunakan vitamin dan mineral daripada supplement untuk menukar pelbagai sisa toksik, hormon, ubat-ubatan preskripsi, dan toksin persekitaran kedalam bentuk yang menjadikan mereka kurang kuat dan lebih mudah untuk dikeluarkan.

Supplement membantu kekurangan nutrient dalam makanan moden. Dengan kehidupan yang serba moden dan sibuk, ramai yang mengambil inisiatif mudah dengan mengambil “fast food” atau makanan segera di dalam diet mereka. Makanan seperti mee segera, makanan rapu seperti jajan, ayam goreng segera mengandungi kadar lemak, garam dan MSG yang sangat tinggi dan jauh sekali kandungan vitamin dan mineral. Apabila makan hanya beberapa jenis makanan, peluang untuk pengambilan vitamin, mineral dan asid lemak semakin berkurang. Walaupun jika anda makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh, banyak nutrient hilang apabila makanan dituai ketika kurang masak atau terlebih masak atau ketika mereka disimpan, dipelihara, dipanaskan, dikupas, dijus, dan terdedah kepada udara. Vitamin E misalnya, dirosakkan apabila terdedah kepada oksigen, kepanasan dan cahaya. Walaupun buah-buahan mentah dan sayuran tidak kaya dengan nutrient seperti sepatutnya, kerana kebanyakannya ditanam di tanah, habis dan diisi semula dengan hanya beberapa mineral. Tanaman domestik sendiri adalah tidak “semulajadi”, banyak yang telah disemai secara meluas untuk ciri-ciri seperti hasil tinggi, tahan kemarau, saiz sekata, dan testur yang kuat tetapi bukan untuk kandungan vitamin dan mineral. Supplement adalah cara praktikal untuk mengganti kehilangan nutrient yang berlaku akibat daripada pengeluaran, penjagaan dan penyediaan makanan moden.

Supplement untuk menggantikan diet yang tidak mencukupi. Berapa ramai sebenarnya yang makan “diet seimbang” dalam kehidupan seharian? Walaupun terdapat banyak pendapat berkenaan apakah sebenarnya “makanan seimbang”, kebanyakan pakar pemakanan bersetuju bahawa ramai lelaki, wanita, dan kanak-kanak tidak makan secara sihat setiap hari. Jumlah restoran “fast food” yang sangat banyak, mudah didapati, dan cepat adalah salah satu faktor penyumbang kepada diet yang tidak seimbang. Masalah kitar semula berjuta tin aluminium juga mencerminkan masalah dan tabiat pemakanan manusia. Hakikatnya, ramai orang dewasa muda tidak makan makanan seimbang seperti sepatutnya. Memberi makanan tambahan atau “supplementing” mikronutrient boleh membantu untuk mengatasi kekurangan vitamin dan mineral dalam diet harian.

Supplement untuk memperbaiki masalah kesihatan. Sebab utama untuk mengambil supplement yang kaya dengan vitamin, mineral, dan asid lemak penting adalah untuk mengatasi masalah kesihatan tertentu. Terdapat banyak kajian yang menerangkan kebaikan mikronutrient tertentu ke atas pelbagai penyakit manusia. Kajian ini diterbitkan, dan diulas oleh para doktor perubatan dan pihak yang berkelayakan.

Supplement untuk mengoptimumkan kesihatan. Supplement sudah semestinya boleh membantu anda mencapai matlamat kesihatan yang optimum. Kesihatan optimum tidak merujuk peda hanya tidak sakit atau tidak berpenyakit, tetapi lebih daripada itu. Ia merujuk kepada ciri-ciri tenaga yang banyak, kestabilan emosi, dan kemampuan untuk bersungguh-sungguh melakukan kerja dalam hidup dan beriadah. Kesihatan optimum adalah keadaan yang subjektif, meningkatkan tahap tenaga dan rasa lebih sihat adalah antara kesan yang sering dirasakan oleh pengamal makanan tambahan atau supplement. Anda pastinya telah mengambil tindakan yang bijak sekiranya telah dan sedang mengamalkan supplement untuk kesihatan secara keseluruhan. 🙂

Kita boleh melihat pertumbuhan yang besar dalam peranan mikronutrient dalam kesihatan dan penyembuhan. Amalan makanan tambahan atau supplement dalam diet seseorang wanita dan lelaki, terutamanya pasangan yang sedang TTC (Try To Conceive), telah menjadi satu perangsang kepada kejayaan kehamilan, terutamanya apabila ramai yang sudah semakin matang dan tahu akan kepentingan supplement kepada kesuburan dan kesihatan organ seks badan. Ditambah pula dengan ledakan pengetahuan dan maklumat tentang cara terbaik untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik, sentiasa bertenaga dan secara tidak langsung mencegah penyakit degeneratif.

NOTA: Makanan tambahan terbaik yang spesifik kepada kesuburan adalah Set Rezeki Ilahi dari nakhamil.com . Mengapa terbaik? Kerana semuanya memberi fungsi dan rawatan lengkap dari A sampai Z kepada kesihatan optimum organ seks badan. Merawat memulih dan menambah kesuburan suami isteri, merawat kesuburan sperma dan ovum (antara faktor utama kepada kejayaan hamil), memekatkan air mani, menguatkan rahim, merawat diabetis, menambah hormon, melancarkan kitaran haid, mengelakkan senggugut, menambah hemoglobin, menambah keupayaan seksual suami isteri, mengetatkan faraj, memberi tenaga, mengelakkan kanser rahim dan prostat, merawat PCOS dan cyst, dan banyak lagi. Rujuk DISINI. Hubungi terus dan servis pantas: Whatsapp saya Puan Ila 013-3699505 🙂

set-rezeki-ilahi-03