keputihan adalah jangkitan yis yang menyukarkan kehamilan berlaku

Eiiiiii tengok sahaja gambar di atas ni mungkin semua mempunyai reaksi yang sama kan? 😮 Gambar di atas ni adalah gambaran keputihan yang sudah berkerak di dalam faraj yang tidak dirawat. Keputihan bukanlah satu perkara yang baru kita dengar. Malah seringkali berlaku kepada hampir kebanyakan wanita. Sama ada kita rawat atau biarkan, itu sahaja yang membezakan. Tahniah kepada yang telah mengambil langkah merawat masalah keputihan anda. Kepada yang masih mengalami masalah keputihan, dan terus mengalaminya, sekarang lah masa anda untuk bertindak. Rawat segera sebelum masalah keputihan membawa anda kepada masalah atau penyakit lain. Juga perlu diingat, keputihan ini adalah salah satu masalah besar wanita dan juga mungkin PUNCA kepada kesukaran anda untuk hamil. Yang mana boleh kita rawat dan betulkan, selagi itulah kita perlu berusaha dan berikhtiar. Nakkan sesuatu, jangan malas. Kena sentiasa berusaha dan ambil tahu. Ye dak? 🙂

Ok. Saya teruskan dengan sedikit fakta dan tips untuk pulihkan keputihan. Terdapat dua jenis jangkitan kuman iaitu jangkitan yis dan jangkitan bakteria yang jarang berlaku. Jangkitan yis pada faraj mudah berlaku pada kesemua wanita. Sebagai contoh, yis candida albicans ialah sejenis yis yang sering ditemui pada faraj yang sihat, tetapi beberapa faktor boleh menyebabkannya tidak seimbang dan menyebabkan jangkitan. Penurunan kadar keasidan dan peningkatan penghasilan glycogen, sejenis karbohidrat semulajadi, yang berlaku ketika kehamilan atau ketika penggunaan pil perancang keluarga boleh menyebabkan jangkitan yis.

Oleh kerana yis hidup subur di atas gula, pengambilan gula yang berlebihan dan kanji halus adalah faktor dan risiko yang utama. Antibiotik adalah penyumbang penting kepada jangkitan yis kerana ia memusnahkan bakteria “baik” yang tinggal di dalam faraj dan dengan semulajadi menghalang organisma yis. Kerengsaan dan kegatalan di dalam atau disekitar faraj boleh menyebabkan wabak yis. Selain itu, mengenakan pakaian yang ketat, seluar dalam daripada bahan sintetik, ‘douche’, dan pencuci feminin untuk faraj bukan herba juga adalah sumber-sumber kepada kerengsaan faraj.

Bagaimana untuk kita tahu jikalau kita mengalami jangkitan yis pada faraj? Yis menyebabkan pengeluaran mucus atau lendiran yang berwarna keputihan, pekat, dan berkeredak. Lendiran tersebut tidak berbau busuk; sedikit berbau seperti ibu roti. Biasanya sekitar faraj akan gatal, dan kemerahan pada labia dan atas peha. Haa cer check cer check. 😀

Well well.. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, betul tak? 😉  Seperti yang diterangkan di atas tadi tentang bahaya gula kepada jangkitan yis, wanita dengan jangkitan faraj yang telah mengurangkan pengambilan makanan ringan yang manis, termasuk gula tiruan, produk tenusu yang berlebihan, dan sukrosa  sebagai langkah pertama untuk mengelakkan jangkitan yis akan mendapati masalah keputihan yang dialami akan semakin kurang dan pulih. Kurangkan pengambilan makanan ini boleh mengurangkan berlakunya Candida vulvovaginitis yang teruk.

Jika antibiotik sangat diperlukan, memakan yogurt setiap hari akan membantu memulihkan bakteria usus normal. Probiotik juga boleh membantu mengatasi jangkitan yis pada faraj. Vitamin A dan E dan asid lemak penting boleh menyembuhkan selaput lendir. Zinc pula bekerja bersama-sama vitamin A untuk menyokong sistem imunisasi, begitu juga vitamin C.

Pakai seluar dalam cotton dan longgar, pakaian daripada bahan fiber semulajadi yang “bernafas” boleh membantu untuk mengatasi jangkitan yis. Kerap menukar panty liner atau tuala wanita juga adalah lebih baik daripada memakai tampon. Jika anda sering berenang, tukar kepada pakaian kering serta-merta sebaik sahaja selesai, kerana organisma yis suka kepada persekitaran lembap.

Berhubungan seksual perlu dielakkan semasa jangkitan yis pada faraj, untuk mengelakkan sel-sel yis daripada merebak. Zakar suami juga boleh dijangkiti yis, kerana yis boleh berjangkit ketika hubungan kelamin. Di dalam satu kajian, air mani suami wanita yang dijagkiti jangkitan yis berulang, mempunyai organisma yis yang boleh menjangkiti vesikel mani suami. Yis juga boleh menjajah mulut suami, oleh kerana sentuhan oral lidah pada kemaluan isteri boleh menyebabkan jangkitan pada mulut suami dan juga jangkitan semula kepada isteri.

atasi masalah keputihan

masalah keputihan semakin hilang selepas amalkan set kesuburan dari nakhamil.com

NOTA: Keputihan bukan perkara yang boleh dibiarkan atau diendahkan macam tu je. Jangan sampai melarat dan menyebabkan penyakit rahim yang lain baru kita nak ambil tindakan. Set kesuburan lengkap dari nakhamil.com insyaAllah boleh merawat masalah keputihan anda dengan sempurna, merawat kesuburan, merawat lemah syahwat, merawat alat kelamin lelaki dan wanita, mengetatkan faraj, selaput dara, rahim jatuh, penyakit kelamin, jangkitan faraj, faraj berbau, keputihan, senggugut dan banyak lagi manfaat lain. Nak tahu lebih lanjut, klik DISINI. Whatsapp saya 013-3699505 (Puan Ila) 😉