Tentu sudah banyak yang anda dengar dari mulut orang atau membaca pelbagai bahan bacaan tentang mitos untuk hamil. Oleh itu, nakhamil.com merasakan perlu untuk menulis tentang mitos-mitos kesuburan ini supaya boleh menjadi panduan untuk anda. Sedikit sebanyak boleh diadaptasi oleh pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat dan boleh meningkatkan peluang untuk hamil. Antaranya adalah:

  • Menahan diri dari melakukan hubungan seksual bersama isteri akan menjadikan sperma lebih kuat serta meningkatkan bilangan sperma. Hakikatnya, menahan diri daripada ejakulasi berpanjangan selama lebih daripada tiga hari akan menyebabkan pegumpulan sperma mati dalam air mani. Sperma yang mati dan musnah boleh merosakkan sperma hidup dan sihat. Berejakulasi setiap dua ke tiga hari adalah disarankan untuk mengoptimumkan kualiti sperma.
  • Kesuburan adalah keturunan. Ianya sama sekali tidak benar. Kesuburan tidak diwarisi daripada ibu bapa, abang atau kakak kita yang tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat atau hamil. Jadi, jangan sesekali menjadikan ia sebagai penanda kepada tahap kesuburan kita.
  • Melakukan hubungan seksual setiap hari akan membantu anda hamil lebih cepat kerana anda tidak akan terlepas hari subur. Hakikatnya berejakulasi setiap hari mengurangkan spesimen atau sperma di dalam air mani, dan menyebabkan sperma dalam air mani semakin menyusut apabila semakin dekat dengan hari subur atau hari ovulasi. Sebaliknya, tentukan hari untuk mengadakan hubungan seksual bersama dengan menggunakan Ovulation Test Kit supaya dapat mengesahkan hari subur atau hari ovulasi anda dengan tepat, dan adakan hubungan seksual tiga hari berturut-turut bermula dari hari pertama ovulation test kit anda sah positif (doubled-line).
  • Makan dengan berkhasiat sudah cukup untuk memenuhi keperluan badan. Oleh itu tidak perlu mengamalkan sebarang makanan tambahan atau supplement. Hakikatnya, sama sekali anda salah. Untuk hamil, anda sangat memerlukan makanan tambahan atau supplement bagi menyokong dan membantu kehamilan. Ini kerana badan kita mungkin tidak menyerap semua khasiat dari makanan yang diambil dengan optimum. Sekiranya usia semakin meningkat, agen-agen kesuburan juga semakin berkurang dan menurun. Malahan jika dilihat dari pemakanan masa kini, kebanyakannya makanan segera, mudah dan cepat yang kebanyakannya tidak berkhasiat. Selain dari anda perlu melengkapkan jadual pemakanan berkhasiat, anda juga perlu mengamalkan makanan tambahan untuk kesihatan secara keseluruhan dan kesuburan khususnya. Kami di nakhamil.com sangat prihatin kepada masalah pembaca dan pelanggan. Apa yang seringkali dicadangkan adalah, amalkan Set Rezeki Ilahi. Ianya bukan sahaja merawat dan menambah kesuburan dari dalaman, malah juga menjaga dan mengoptimumkan kesihatan dan fungsi organ seks badan anda suami isteri. Apabila kesihatan badan sihat sempurna, insyaAllah kehamilan mudah berlaku. Antara khasiat dan manfaat yang boleh anda dapati dari set kesuburan nakhamil.com adalah menambahkan jumlah sperma dan ovum berkualiti, memekatkan air mani, menguatkan rahim, mengaktifkan sel darah baru, mengekalkan kesihatan salur darah, melindungi saraf dari lebihan lemak dan glukosa, merawat dah tinggi dan kencing manis, menstabilkan lemak kolestrol darah, rawat diabetis, menambah hormon yang diperlukan untuk kehamilan, melancarkan kitaran haid, menambah tenaga, mengelakkan senggugut daripada berlaku, menegangkan payudara dan punggung, mengetatkan faraj, menambah pelincir semulajadi, menghapuskan keputihan dan kegatalan faraj, menambah keupayaan seksual suami isteri, meningkatkan daya kemutan, memperbaiki jumlah bentuk dan pergerakan sperma, membentuk genetik (DNA), melindungi sperma untuk lawan bakteria dalam faraj, meningkatkan testosteron dalam air mani, mengelakkan kanser prostat serta meningkatkan kesuburan. Terlampau banyak khasiat lengkap yang anda boleh perolehi dari set hamil lengkap nakhamil.com . InsyaAllah manfaat dan khasiat boleh anda rasakan dalam masa singkat. Rujuk testimoni kami yang berjaya menyelesaikan masalah kesuburan mereka dan berjaya hamil DISINI 🙂
Mitos tentang kesuburan dan ketidaksuburan

Antara mitos lain tentang kesuburan dan cara untuk cepat hamil. Amalkan perkara yang sudah terbukti meningkatkan kesuburan anda iaitu dengan cara bersenam, amalkan makanan tambahan untuk kesuburan, diet seimbang dll.

Sekiranya anda sedang berusaha untuk meningkatkan kesuburan, anda mungkin telah mendengar pelbagai nasihat dari pelbagai pihak yang mungkin antaranya agak menjengkelkan, tapi dengan niat yang baik cuba untuk memberi cadangan dan pengetahuan tentang cara untuk hamil. Jadi akan terdapat pelbagai salah faham tentang kesuburan yang diadakan termasuk “Kalau you ambil anak angkat, kemungkinan besar you boleh pregnant lepas ni”. Ini sememangnya mitos terbesar dalam masyarakat. “Relax je.. jangan fikir sangat. Nanti tiba-tiba je pregnant”

Malangnya, anggaran 100 juta orang manusia kurang subur di seluruh dunia menunjukkan bahawa teknik “do-it-yourself” ini masih belum terbukti berkesan. Kebenarannya mungkin agak kasar. Pasangan yang mengambil anak angkat tidak lagi mempunyai keinginan atau keghairahan untuk hamil seperti sebelum mereka mengambil anak angkat. Dan sekiranya anda relax tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya tidak akan membuka tiub fallopio anda yang tersumbat, memperbaiki ovarian reserve, atau meningkatkan jumlah sperma pasangan anda.

Pandangan-pandangan daripada mereka ini mungkin boleh membanjiri fikiran anda tentang kekurangan, iri hati, kesedihan, atau kebencian. Jadi anda perlu pandai untuk mengawal situasi. Mungkin sekiranya anda rasakan perlu untuk anda mengurangkan sedikit jumlah masa bersama keluarga atau rakan-rakan yang sangat “prihatin” tentang cara untuk anda hamil, jadi kurangkannya. Sebelum sampai ke tempat kenduri, rumah adik-beradik, tempat kerja, atau percutian bersama keluarga, fikirkan jawapan ringkas tetapi fakta untuk bermaksud baik kepada soalan-soalan yang berkaitan tentang kesuburan anda. Alihkan tajuk perbualan atau menarik diri daripada keadaan yang tidak selesa. Sekiranya ini tidak berhasil, jangan teragak-agak untuk memberitahu seseorang bahawa anda menghargai keprihatinan mereka tetapi anda lebih selesa untuk menjadikan hal ini peribadi.

Fahami perasaan anda sendiri dan memberi respon dengan cara yang membina adalah teknik untuk menangani ketegangan dengan baik. Perlu sentiasa ingat bahawa kebanyakan orang yang anda kenali mahukan yang terbaik untuk anda tetapi tidak tahu bahawa ketidaksuburan itu wujud, kerana mungkin ianya tidak berlaku kepada mereka. Cari seseorang yang anda boleh luahkan perasaan secara terbuka, atau luangkan masa untuk diri sendiri. Sentiasa ingat bahawa adalah sangat sedikit yang anda tahu tentang ketidaksuburan sebelum anda sedar bahawa anda perlu melakukan sesuatu tindakan. Secara keseluruhan, jangan memberi tekanan kepada diri anda. Ambil tindakan sekarang dengan merawat kesuburan anda suami isteri. Dengan izin Allah, anda pasti boleh hamil dan mempunyai zuriat sendiri seperti yang lain.

NOTA: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang set kesuburan dari nakhamil.com , rujuk DISINI. Sekiranya ada sebarag persoalan dan kemusykilan, whatsapp saya 013-3699505 (Puan Ila) atau boleh email kami di nakhamil@gmail.com 🙂