Fungsi utama cecair serviks yang subur dalam sistem pembiakan wanita adalah sama seperti fungsi air mani, iaitu sebagai medium untuk penyuburan sperma dan proses pemindahan sperma dari sistem pembiakan lelaki ke sistem pembiakan wanita. Ketahanan sperma dan pemindahannya selepas hubungan seksual adalah penting kerana “conception” atau persenyawaan jarang berlaku dengan kebetulan pada ketika ovulasi berlaku. Persenyawaan yang berjaya bergantung kepada penyimpanan dan pelepasan sperma yang berterusan ke saluran pembiakan wanita sekitar masa ovulasi. Peningkatan cecair serviks juga menyebabkan peningkatan dalam nafsu seks dan menghasilkan pelincir untuk menjadikan hubungan lebih selesa dan menyeronokkan pada ketika ini.

Apabila tahap estrogen mula meningkat, anda boleh melihat perubahan dalam cecair serviks anda. Corak yang paling biasa menunjukkan cecair serviks berubah dari kering, melekit (seakan gam), kemudian berkrim (seakan lotion), kemudian berair dan kemudian seakan putih telur. Corak cecair serviks anda mungkin berbeza-beza. Cecair yang berair atau putih telur dianggap yang paling subur kerana sperma boleh hidup di dalamnya sehingga beberapa hari sementara menunggu telur yang akan dikeluarkan dari ovari pada masa ovulasi.

penentuan jenis cecair atau mukus serviks

Sentiasa check jenis cecair serviks anda sama ada kering, melekit, berkrim, berair atau putih telur dalam membantu anda mengesahkan kemasukan fasa ovulasi

Cecair serviks menyokong ketahanan sperma dengan cara yang berikut:

  • Mereka dimasukkan ke dalam saluran pembiakan dari persekitaran faraj.
  • Mereka akan ditapis, meninggalkan sperma yang bergerak normal sahaja untuk meneruskan perjalanan menuju ke ovum.
  • Mereka dsimpan untuk dilepaskan kemudian supaya ada yang boleh menjadi bekalan berterusan untuk memastikan bahawa pembebasan sperma boleh diselaraskan dengan ovulasi supaya persenyawaan boleh berlaku.