Assalamualaikum dan salam sejahtera 😉 Harini saya menjawab beberapa panggilan dan mesej di whatsapp dan boleh dikatakan 4/10 daripada mereka adalah penghidap PCOS atau nama saintifiknya Polycystic Ovary Syndrome. Ada yang baru sahaja mendapat tahu tentang berita sedih ini, ada juga yang sudah bertahun-tahun menghidapi PCOS. Rata-ratanya tidak sedar akan penyakit ini kerana langsung tidak ambil tahu tentang kitaran haid, hari subur dan sebagainya. Apabila merancang untuk hamil atau setelah bertahun-tahun berusaha hamil tetapi gagal, barulah tahu yang rupanya diri penghidap PCOS. Tetapi perlu diingat. Ujian adalah tanda Allah sayang pada kita. Tiada apa pun penyakit di atas muka bumi Allah ini yang tiada penawarnya. Dan tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri, melainkan diri sendiri sahaja. Selagi mana ada usaha dan ikhtiar, insyaAllah usaha kita tidak sia-sia 🙂

Jadi hari ini nakhamil.com kongsikan sedikit ilmu tentang apa itu PCOS dan simptom-simptom PCOS. Cara yang paling mudah untuk mentakrifkan polycystic ovary syndrome adalah dengan menggelarkannya gangguan kepada sistem pembiakan di mana wanita berovulasi secara tidak tetap atau langsung tidak mengalami ovulasi kerana folikel ovari nya disekat dalam perkembangan dan merembeskan hormon “lelaki”. Banyak folikel kecil berkumpul di ovari dan kerana itulah penyakit ini dinamakan ovarian syndrome. Selain daripada gangguan kitaran haid akibat daripada folikel yang disekat, obesiti di bahagian abdomen dan hirsutism (jenis rerambut lelaki) adalah sebahagian daripada simptom. PCOS seringkali berlaku pada wanita muda dan akan menjadi semakin kronik jika tidak dirawat.

PCOS

Simptom seperti tumbuh misai, janggut dan bulu roma yang banyak dan kasar seakan lelaki adalah salah satu simptom penghidap PCOS

Walaubagaimanapun, PCOS adalah masalah yang kompleks. Ia mungkin ringan atau mungkin teruk. Seorang wanita boleh menghidapi PCOS dan berovulasi lebih kerap atau kurang. Seorang wanita juga boleh mempunyai PCOS dengan atau tanpa kemandulan. PCOS boleh bermula lambat selepas kesuburannya menurun (berusia) atau ketika masih muda. Perubahan dalam tahap keterukan PCOS akan menjelaskan perubahan di dalam simptom penyakit ini. Ianya sama penting, seorang wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap tanpa PCOS, boleh mempunyai berat badan berlebihan tanpa PCOS, dan boleh mengalami hirsutism tanpa PCOS. Dia mungkin mempunyai cysts di ovari akibat daripada faktor lain bukan akibat daripada PCOS. Tidak semua PCOS sama seperti “folikel cysts” yang kadangkala dialami oleh wanita yang melahirkan anak dan agak berusia.

Jadi tidak hairan mengapa PCOS jarang dikenalpasti. Walaubagaimanapun, di sebalik kontroversi tentang apa yang sebenarnya membentuk sindrom ini, pada tahun 2003 satu kenyataan perubatan tentang diagnosis PCOS telah dilakukan oleh doktor-doktor pakar. Diagnosis PCOS bergantung ke atas wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga keadaan ini:

  • Anovulasi kronik (kitaran tanpa ovuasi, ovulasi tidak tetap, atau langsung tiada kitaran)
  • Hormon “lelaki” yang tinggi sama ada daripada tanda seperti rerambut badan/bulu roma seakan lelaki atau melalui ujian darah
  • Beberapa cysts kecil di ovari yang disahkan oleh ultrasound

PCOS boleh berlaku atas beberapa faktor dan punca. PCOS adalah gangguan hormon yang kompleks yang boleh dikenalpasti daripada beberapa ciri seperti rembesan insulin yang berlebihan, LH dan endrogen (hormon lelaki), yang menyumbang kepada gangguan ovari. LH diperlukan untuk mematangkan folikel, tetapi rembesan tidak normal hormon ini, bersama-sama dengan dan mungkin dirangsang oleh insulin tinggi, menyebabkan folikel berhenti berkembang terlalu awal. Di peringkat ketika perkembangan disekat, folikel merembeskan endrogen yang mengganggu kitaran normal seterusnya, dan yang menyebabkan sesetengah wanita tumbuh rerambut atau bulu roma seakan lelaki. Keadaan ini dipanggil “rintangan insulin”, yang membawa kepada ketinggian paras insulin, dan adalah penyumbang terbesar kepada PCOS.

Rintangan atau ketahanan terhadap insulin merujuk kepada kelainan atau abnormality dimana banyak sel-sel badan menurun dalam kemampuan mereka untuk respon kepada insulin. Reseptor di atas sel yang membawa insulin gagal memindahkan mesej penting yang insulin biasanya menerima isyarat, dimana ianya akan membenarkan sel-sel untuk menerima glukosa. Sebagai pampasan dan keseimbangan, pankreas merembeskan lebih insulin supaya sel-sel tersebut mendapatkan glukosa mereka. Sesetengah sel masih mempunyai masalah untuk mendapatkan glukosa yang mencukupi, tetapi terdapat faktor lain yang merumitkan iaitu paras insulin tinggi menyebabkan masalah lain. Ini kerana bukan semua sel menolak insulin.

Analogi mudah untuk menerangkan perkara ini: Bayangkan yang anda perlu meninggikan suara untuk memberi arahan kepada orang ramai yang sukar untuk mendengar. Sementara ianya boleh membantu mereka yang boleh memberi respon, jeritan anda boleh menyebabkan salah faham antara orang lain di sekitar anda dengan kadar pendengaran normal. Suara anda ibarat insulin yang memberi arahan  kepada sel-sel. Sel-sel otot rangka akan menolak insulin, jadi mereka akan mendapat manfaat daripada “jeritan” insulin yang tinggi. Tetapi sesetengah sel di dalam ovari tidak menolak insulin, dan memberi respon secara tidak normal kepada paras insulin yang tinggi. Analogi ini juga menerangkan kecenderungan kepada penambahan berat badan, kerana sel lemak yang tidak menolak insulin memberi respon kepada paras insulin yang tinggi dengan “bekerja keras”. Sel lemak mengambil glukosa dengan berlebihan dan menyimpannya sebagai lemak. Dan apabila ianya berlaku, sel otak (yang tidak memerlukan isyarat insulin) yang kekurangan glukosa yang dikongsi, membawa kepada simptom keletihan hypoglycemic, kabus otak dan ketagihan kepada karbohidrat.

Sebagai rawatan kepada masalah sistem pembiakan ini, sebagai wanita mahupun lelaki, adalah sangat penting untuk mengamalkan makanan tambahan khusus untuk kesuburan. Klik DISINI. Mengamalkan set Rezeki Ilahi dari nakhamil.com bukan sahaja untuk merawat penyakit, malah insyaAllah dapat mengelak diri daripada menghidapi sebarang masalah atau penyakit kronik yang bukan sahaja berkaitan dengan sistem pembiakan, rahim, masalah ereksi lelaki, malah meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat ye dak? 😉

Selamat berikhtiar kalian. Semoga apa yang dikongsi ini bermanfaat. Jika ada sebarang soalan tentang masalah kesuburan anda, whatsapp saya Puan Ila 013-3699505. InsyaAllah layanan dan rundingan mesra, A class dari saya  🙂