Wanita yang mengamalkan pil perancang kehamilan biasanya tidak mahu anak di awal perkahwinan atau merancang untuk jarakkan anak pertama dengan kedua. Kebanyakan wanita sukar datang haid yang normal dan justeru sukar hamil setelah beberapa lama mengamalkan pengambilan pil perancang. Keadaan ini dikenali sebagai post pill aAmenorrhea. Keadaan ini tidak selalu berlaku tetapi malangnya, berlaku juga pada segelintir wanita. Keadaan ini tidak begitu serious dan agak biasa bagi pengamal pil perancang kehamilan ini.

Apakah tugas pil perancang? Apabila seseorang mengamalkan pil perancang untuk mencegah kehamilan berlaku, pil perancang akan melakukan tiga tugasan penting. Pertama, ovari akan berhenti melepaskan telur. Ini bermaksud, ovulasi tidak berlaku kerana uterus tidak menerima telur untuk disenyawakan bersama sperma. Dalam kandungan pil perancang, terdapat estrogen dan progesteron yang membuatkan otak menerima isyarat bahawa hormon di dalam badan sudah mencukupi. Oleh itu, ovari tidak melepaskan telur pada setiap bulan dan ovulasi tidak berlaku.

Ketika dalam tempoh pengambilan pil perancang, paras hormon estrogen dan progesteron dalam badan agak tinggi jika dibandingkan dengan keadaan badan normal. Dalam keadaan ini, otak tidak dapat menterjemah dan bertindakbalas dengan baik terhadap keadaaan badan. Dalam kitaran haid normal, kelenjar di dalam otak akan menghasilkan Luteinizing Hormone (LH) dan hormon Peransang Folikel yang akan meransang ovari menghasilkan ovum.

Folikel yang mengandungi ovum (telur) akan menghasilkan hormon estrogen. Apabila folikel matang dan pecah, telur akan dikeluarkan. Pada hari ini lah ovulasi berlaku atau dikenali sebagai waktu subur wanita. Ketika hari ovulasi, hormon progesteron juga dikeluarkan. Jadi, ketika dalam tempoh mengamalkan pil perancang, kedua-dua hormon estrogen dan progesteron adalah pada paras yang tinggi dalam badan wanita. Apabila otak bertindakbalas bahawa estrogen dan progesteron telah cukup di dalam badan, maka hormon Peransang Folikel dan LH tidak dihasilkan. Oleh itu, ovulasi tidak berlaku. Jika wanita itu berhubungan seksual dan sperma masuk ke dalam faraj, persenyawaan tidak akan berlaku kerana ovum tidak dihasilkan. Jadi, kehamilan tidak berlaku.

Pengambilan pil perancang kehamilan dalam tempoh yang agak lama akan memberi tindak balas negatif kepada otak mahupun sudah berhenti mengambil pil perancang. Otak akan terus menetapkan bahawa hormon estrogen dan progesteron telah cukup di dalam badan. Gangguan kepada kitaran haid akan berlaku serta menghalang ovulasi.

Untuk merawat kitaran haid yang sudahpun terganggu dan ovulasi yang tidak berlaku akibat pengambilan pil perancang, diagnosis atau rawatan bersama doktor diperlukan. Pemeriksaan akan dibuat berdasarkan tempoh pengambilan pil perancang oleh pesakit dan ultrasound. Ketika ultrasound dilakukan, ovari yang tidak mempunyai folikel sedang berkembang akan kelihatan. Apabila ujian darah dilakukan, paras hormon Peransang Folikel dan LH adalah amat rendah.

Masalah seperti ini agak biasa di kalangan wanita Malaysia. Kebiasaanya, doktor tidak memberi sebarang ubat. Jika kitaran haid masih terganggu atau period masih lagi tidak datang selama enam bulan, doktor akan mula memberi pil progesteron. Ubat ini mengandungi hormon progesteron selama lebih kurang lima hari untuk membolehkan haid datang. Ubat ini bertindakbalas dengan sangat cepat. Period akan datang setelah beberapa hari pengambilan pil progesteron.

Akan tetapi, walaupun haid datang tetapi ovum (telur) tidak dikeluarkan oleh ovari, tetap tidak bermakna apa-apa. Progesteron yang terdapat dalamnya tidak berfungsi untuk menggalakkan perkembangan folikel di dalam ovari.

Kesan pengambilan pil perancang kehamilan

Sebagai rawatan alternatif, anda boleh berikhtiar menggunakan Set Rezeki Ilahi untuk merawat semula kesuburan ovum, menguatkan rahim, mengaktifkan sel darah baru, menyingkirkan lemak dan kolestrol darah dan yang paling penting melancarkan kitaran haid.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah lain untuk merancang supaya tidak hamil dalam jarak yang dekat selain menggunakan pil perancang kehamilan yang agak berisiko tinggi kepada kesihatan dan hormon badan. Gantikan pil perancang dengan Ovulation Test Kit untuk mengetahui hari subur anda supaya ‘tidak terlajak’ pada waktu ini! Kehamilan tidak akan berlaku pada hari tidak subur kerana ovum tak dilepaskan daripada ovari. Jika anda ingin bersama suami dan merancang untuk tidak hamil, bersamalah pada hari anda tidak subur! Ya! Walaupun tugas ovulation kit ini nak check waktu subur, anda boleh replace dengan check hari tak subur! Senang kan? Jadi, boleh bersama suami dengan bersenang lenang!  🙂

Ovulation Test Kit membantu untuk anda tahu hari subur dan hari tidak subur! Bertukar sekarang daripada pil perancang ke Ovulation Test KIt!

Ovulation Test Kit membantu untuk anda tahu hari subur dan hari tidak subur! Bertukar sekarang daripada pil perancang ke Ovulation Test KIt!