“Stress” atau tekanan, seperti yang difahami semua, ianya berubah-ubah dan merupakan salah satu punca sukar hamil, ketidaksuburan dan mandul. Jika anda memberi tumpuan kepada tekanan hidup setiap hari, seperti perlu menghantar sesuatu laporan kerja mengikut tarikh tertentu secara berterusan, memandu secara berterusan, atau keperluan untuk memastikan rumah sentiasa bersih dan laman disapu atau mungkin terlampau banyak lagi tekanan hidup yang boleh disenarai disini merupakan punca stress yang berpanjangan. Malah, stress atau tertekan dengan perkara seperti bila nak hamil, kenapa belum hamil, stress dengan kata-kata orang ramai tentang diri yang belum hamil, stress dengan pertanyaan tanpa henti tentang bila nak tambah anak, dan beribu lagi tekanan akan kehamilan JUGA boleh membawa kearah ketidaksuburan. Kesemua masalah yang dinyatakan di atas bukanlah punca yang menyumbang kepada ketidaksuburan dan kemandulan, atau sekurang-kurangnya bukan punca yang secara langsung. Ianya adalah tekanan fizikal dan mental, yang biasanya ramai yang terlepas pandang, dan sebenarnya boleh menyumbang kepada ketidaksuburan dan kemandulan.

faktor sukar hamil

Tekanan mental dan fizikal boleh mengganggu kesuburan dan menyukarkan proses kehamilan berlaku secara semulajadi

 

Tekanan fizikal yang menjejaskan kesuburan, merupakan tekanan yang kronik. Ianya boleh berlaku akibat daripada kekurangan nutrisi, kekurangan tidur, dan sesetengah wanita yang bersenam terlampau kerap, walaupun sekiranya mereka gembira dengan rutin senaman dan aktiviti sukan yang dilakukan. Kesemua tekanan ini boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kemandulan walaupun kitaran haid menunjukkan ovulasi berlaku. Jenis tekanan hidup moden yang sedang kita perkatakan sekarang; terlampau sibuk dengan kerja dan rutin harian malah berusaha keras kearah kesempurnaan, tekanan mental seperti tekanan untuk hamil, kebanyakannya akan menjejaskan kesuburan, kerana ia akan menyebabkan wanita tidak mengamalkan nutrisi yang baik dan tidur yang mencukupi, atau membuatkan mereka berasa perlu kepada senaman yang lebih daripada biasa. Baiki nutrisi dan diet seharian, tidur dengan cukup, dan ubahsuai senaman adalah apa yang saya maksudkan apabila menulis tentang entry ini.

Oleh sebab itulah saya mengambil berat tentang isu “stress” ini walaupun nasihat tentang perkara ini dirasakan tidak perlu terutamanya oleh pasangan yang kurang subur atau belum lagi berjaya hamil. Apa yang boleh saya katakan disini, relaks! Ya relaks! Beberapa tekanan emosi yang agak parah, seperti kematian orang yang tersayang, perubahan status kewangan, tidak seronok berpindah ke negara lain, stress dengan pertanyaan mertua tentang bila nak hamil, boleh menyebabkan kelewatan hari ovulasi, kadangkala berminggu-minggu. Tetapi apabila ovulasi berlaku, kesuburan akan dipulihkan. Perlu sentiasa diingat, jika seorang yang sihat dan subur, jangan sesekali menyuruh rakan anda yang kurang subur atau maaf, mandul, supaya bertenang. Saya tidak pernah bercakap atau menemui seseorang yang tidak subur dan terlalu ingin hamil, tidak terluka, risau atau terasa dengan kata-kata semangat dan nasihat. Saya sentiasa memberi nasihat kepada pelanggan dan pembaca nakhamil.com secara berjenaka. Walaupun saya tahu kadangkala nasihat tersebut tidak membantu dan tidak dapat mengubah apa-apa dengan serta-merta, sekurang-kurangnya saya tahu ianya membuatkan mereka berasa tenang dan ya, relaks! 😉

NOTA: Amalkan Set Rezeki Ilahi bersama suami isteri. Hamil memerlukan kerjasama yang baik antara dua pihak. Berhenti menuding jari atau saling menyalahkan. Ianya tak akan membawa anda kepada jalan penyelesaian. Ubah sikap, ubah minda kepada positif, cuba kawal emosi supaya tidak termakan dengan kata-kata dan hasutan orang luar dan teruskan usaha! Yakinlah rezeki anda akan tiba nanti  🙂