Pertama sekali, jangan merancang untuk meninggalkan terus makanan manis atau caffeine, tetapi rancang untuk cuba kurangkannya. Antara salah satu cara adalah bercakap pada diri bahawa makanan manis dan caffeine akan diambil sebaik sahaja makan makanan berat, atau selepas mengambil makanan bernutrisi, snek yang kaya protein diikuti dengan segelas air kosong. Dengan cara ini, secara automatik akan mengurangkan jumlah makanan yang masih boleh anda makan dan minum, serta mengehadkan perubahan gula dalam darah yang mewujudkan keinginan atau nafsu makan. Selain itu, sayuran seperti salad, kekacang dan telur rebus juga mengenyangkan dan boleh mengurangkan keinginan kepada makanan manis.

Meletakkan makanan manis dan caffeine seperti coklat, kek, biskut bergula, kopi jauh dari pandangan anda juga sangat membantu. Mengehadkan makanan yang anda biasa makan kepada kuantiti yang sedikit juga adalah antara langkah yang boleh diambil. Hakikatnya, kebanyakan kita agak sukar untuk menghabiskan sepinggan makanan yang dimakan, jadi antara tips untuk kurangkan makanan manis dan bergula, cuba pilih coklat yang bersaiz kecil berbanding mengambil satu gigitan daripada coklat bar yang bersaiz besar.

cara kurangkan ketagihan kepada makanan manis dan caffeine untuk tingkatkan kesuburan

Cara lain untuk mengurangkan makanan manis dan caffeine adalah gunakan buah-buahan sebagai pengganti. Anda bukan sahaja mendapat kepuasan daripada kemanisan asli buah, tetapi juga serat dan banyak lagi nutrient lain. Tetapi jangan pula sampai berlebihan contohnya dek kerana nak sangat makanan manis, habiskan sejumlah buah anggur yang sangat manis ketika perut kosong. Tetapi anda boleh makan beberapa strawberi atau blueberi atau epal tanpa lari daripada tujuan sebenar, kerana buah-buahan ini tidak mengandungi gula yang terlalu banyak.

Untuk kepelbagaian, cuba “dark coklat” atau coklat gelap bersama badam, kacang, atau gajus. Bukan sahaja rangup, malah mengandungi protein dan lemak semulajadi dan lazat! Sedikit pahit pada “dark coklat” akan mengingatkan anda kepada kopi atau caffeine kerana terdapat sedikit caffeine juga di dalamnya.

Sekiranya anda ketagih kepada minuman bergula, seperti air bergas dan soda, cuba gantikan dengan teh ais tanpa gula atau air ais. Cuba tinggalkan kegemaran anda dan gantikannya dengan sesuatu yang baru. Gula larut yang datang dalam bentuk serbuk, kiub dan jus manis adalah penyumbang terbesar kepada perubahan gula dalam darah.

Selain daripada mengamalkan makanan tambahan untuk kesuburan atau supplement untuk kesuburan, diet yang seimbang dan berkhasiat juga penting kepada kesuburan anda suami isteri. Malahan, mulakan pengambilan supplement seminggu atau dua minggu sebelum anda cuba mengurangkan, menggantikan dan menjauhi makanan manis dan caffeine akan membantu perubahan anda. Ini kerana beberapa mikronutrient terutamanya vitamin B dan mineral, adalah cenderung untuk mengawal tahap glukosa dalam darah.

NOTA: Amalkan Set Rezeki Ilahi dari nakhamil.com ! Puluhan testimoni terhebat kami terima setiap minggu. Rujuk DISINI untuk melihat penjelasan lengkap tentang Rezeki Ilahi dan klik DISINI untuk melihat puluhan testimoni nakhamil.com yang berjaya menyelesaikan masalah kesihatan mereka dan hamil! 🙂