Nakhamil.com seringkali menerima soalan tentang makanan untuk kesuburan, makanan untuk hamil, makanan untuk mengandung, diet untuk hamil, makanan untuk kesuburan wanita, makanan kesuburan wanita untuk hamil, makanan untuk cepat hamil dan soalan yang seangkatan dengannya. Oleh itu, hari ini saya nak bercerita serba sedikit tentang antara makanan untuk kesuburan yang sangat baik untuk cepat hamil, insyaAllah. Semoga anda semua yang sedang TTC boleh mencuba dan mengamalkan sedikit sebanyak ilmu makanan untuk kesuburan yang saya coretkan disini  🙂

Makanan tumbuhan menyalurkan banyak nutrisi dan sedap. Jadi sangat bagus menjadi tempat pertama untuk anda mulakan, dalam memperbaiki nutrisi seharian. Dalam tiga kategori makanan utama iaitu karbohidrat, protein dan lemak semulajadi, makanan tumbuhan adalah lebih dikenali sebagai kelas karbohidrat. Walaubagaimanapun, bijirin, kacang dan kekacang juga adalah sumber protein yang baik, dan kacang terutamanya menyumbang lemak semulajadi yang sihat kepada diet anda. Kesemua makanan tumbuhan menyediakan pelbagai vitamin, mineral dan nutrisi yang lain. Apabila kandungan karbohidrat diutamakan, makanan tumbuhan boleh secara tidak langsung dibahagikan kepada tiga kumpulan: karbohidrat berkanji, sayur-sayuran “taman” tidak berkanji, dan buah-buahan. Maksud sayuran taman disini adalah sayuran yang sering ditanam di taman sayuran, kebun sayuran, ladang buah-buahan (ada ke ladang? hihi) dan belakang rumah kita misalnya.

Karbohidrat berkanji. Bijirin penuh, kekacang, dan beberapa sayuran lebih dikenali sebagai makanan “berkanji”. Beberapa contoh makanan asas ini adalah roti bijirin penuh, pasta gandum, oatmeal, beras perang, granola, kacang, kacang ginjal dan kentang. Semasa penghadaman, mereka secara beransur-ansur melepaskan glukosa gula, memberi sumber utama tenaga kepada badan. Perlepasan beransur-ansur glukosa adalah kunci. Apabila semua makanan ini ditapis, banyak vitamin dan mineral yang hilang, begitu juga dengan serat yang berharga. Karbohidrat bertapis dihadam dengan begitu cepat, mengganggu paras glukosa darah tanpa melengkapkan vitamin dan mineral. Itulah sebab mengapa penekanan anda perlu secara keseluruhan, makanan berkanji tidak bertapis, berbanding roti putih, pasta putih atau nasi putih.

Sayuran “Taman” Tidak Berkanji. Kebanyakan makanan tumbuhan yang kita panggil sebagai sayuran “taman” adalah tidak berkanji, dan merupakan makanan yang tidak menghasilkan tenaga yang tinggi. Sebaliknya, mereka kaya dengan pelbagai vitamin, mineral, serat dan nutrien lain. Bayam, salad, kacang hijau, timun, zukini, tauge, asparagus, lada, kubis, daun saderi dan bawang adalah contoh biasa sayuran taman. Susah sebenarnya untuk mencari contoh yang tidak sihat! 😀

Buah-buahan. Buah yang sedap dan berkhasiat seperti epal, oren, strawberi, ceri dan pic adalah manis kerana mereka mengandungi gula semulajadi. Segar, masak dan mentah, mereka mengandungi begitu banyak serat, vitamin, mineral dan nutrien lain. Tetapi buah-buahan manis yang dimakan ketika perut kosong mungkin melepaskan gula semulajadi mereka dengan sangat cepat, menyebabkan perubahan gula dalam darah, sama seperti makanan berkanji yang ditapis. Makan secara sederhana, atau makan bersama protein atau makanan berlemak, adalah cara terbaik untuk mengelakkan perubahan gula dalam darah.

Fitonutrien. Penyelidikan baru yang menarik mendedahkan bahawa makanan tumbuhan, terutamanya buah-buahan yang berwarna cerah dan sayuran taman seperti tomato, lobak, nenas, brokoli, beri biru, bit dan anggur, penuh dengan ratusan bahan kimia semulajadi yang baik yang dikenali sebagai “fitonutrien”. Sesetengah fitonutrien bertindak sebagai antioksidan yang berkuasa, mencegah kerosakan kepada sel-sel yang akhirnya menyebabkan penyakit degenerative, termasuk penyakit kardiovaskular dan kanser. Yang lain menyediakan bahan untuk sel-sel badan memperbaharui sistem imun, struktur halus mata, fungsi otak, dan fungsi pembiakan.

Serat. Kehadiran serat adalah manfaat besar apabila mengamalkan pemakanan makanan tumbuhan secara keseluruhan. Serat adalah bahan yang tidak boleh dicerna yang menjadikan makanan seperti badam, saderi, kubis dan granola sangat rangup. Ia melambatkan perlepasan glukosa daripada usus ke dalam darah, menyumbang kepada kestabilan paras gula dalam darah. Ini bagus untuk tahap tenaga anda, perasaan, tumpuan mental, dan kesihatan jangka masa panjang. Serat menjadikan anda sentiasa kenyang, yang sangat membantu untuk mengawal selera makan. Ia merangsang pengecutan usus besar, supaya bahan buangan dan toksin keluar dari badan dengan cepat. “Serat larut”, seperti barangan melekit yang menjadikan kuali oatmeal sangat susah untuk dibersihkan, menarik dan mengekalkan kolesterol. Kolesterol tersebut kemudiannya dikumuhkan dalam najis, dan kesan yang ditunjukkan merendahkan paras kolesterol darah.

Berapa Banyak Makanan Tumbuhan Penuh Yang Perlu Dimakan? Tiada satu pun jawapan yang sesuai untuk setiap individu. Tetapi kebanyakan orang boleh dan mesti mengamalkan pemakanan sayuran taman tidak berkanji dengan sangat banyak. Ini kerana ianya sangat rendah kalori dan tinggi dengan serat, vitamin, mineral dan fitonutrien. Tambahkan kedalam setiap hidangan dan kudapan adalah matlamat yang baik untuk tujuan tersebut. Makan secara mentah, kerangupannya memberi anda sesuatu untuk mengunyah berbanding sebungkus kerepek. Kacang, dengan protein dan lemak semulajadinya, adalah pengganti yang bagus untuk kerepek dan lebih murah!

Kebanyakan orang boleh makan buah-buahan mentah yang segar setiap hari. Secara perlahan-lahan, rasa masam manis dan serat akan sangat membantu anda sekiranya anda cuba untuk mengatasi keinginan terhadap makanan dan minuman ringan yang manis. Buah-buahan manis juga sangat baik dimakan bersama protein dan lemak, kerana ketika perut kosong, gula mereka akan dilepaskan dengan sangat cepat untuk menstabilkan paras glukosa dalam darah. Jika anda sedang cuba untuk mengatasi jangkitan yis dan masalah-masalah lain yang disebabkan oleh yis, anda perlu berhati-hati dengan buah-buahan manis sehingga kesihatan anda semakin baik.

Apabila menyebut tentang bijirin, kacang, sayur-sayuran akar berkanji seperti kentang, ramai yang boleh menikmati makanan ini selagi ianya adalah semulajadi.  Dan ianya dimakan dengan protein lain dan makanan berlemak. Namun, jika anda sedang berjuang dengan masalah penambahan berat badan, polycystic ovary symptoms (PCOS), pengekalan air, atau perubahan gula dalam darah yang disebabkan oleh diet gula halus dan makanan berkanji, anda mungkin perlu mengehadkan makanan tumbuhan berkanji seperti kentang, roti, jagung, dan pasta. Jika ini adalah puncanya, jangan lupa tentang kacang dan banyak lagi sayuran taman tidak berkanji lain yang sedap!  😉

NOTA: Amalkan makanan tambahan Set Rezeki Ilahi dari nakhamil.com sekarang!

makanan untuk kesuburan