Sebut tentang protein, semestinya anda sudah terbayang ayam golek, ayam KFC atau daging salai. Wah wahh tambah kalau daging salai cicah air asam. Pergghhhh! 😀 Ehehe.. Ok dah dah. Kali ini, apa yang nakhamil.com nak tekankan di entry ini adalah antara makanan untuk kesuburan yang sangat penting untuk diamalkan dalam diet seharian, sebagai salah satu langkah ke arah kehamilan. Anda perlu tahu bahawa protein bukan sahaja merangkumi daging atau ayam, tetapi terdapat banyak lagi sumber makanan yang menyalurkan protein.

Protein yang dimakan akan membolehkan anda menghasilkan protein yang anda perlukan. Tisu otot sudah semestinya mengandungi protein. Tisu yang berhubung dibentuk daripada bebenang protein yang dipanggil kolagen. Sel kulit adalah kalis air oleh sejenis protein yang istimewa. Malah tulang kita juga terdiri daripada satu pertiga protein. Sel-sel membuat pelbagai jenis protein yang berlainan untuk digunakan sebagai enzim, hormon, antibodi, unsur pembekuan darah dan banyak fungsi-fungsi lain.

Protein badan adalah panjang tetapi seakan rantai halus terlipat yang hubungannya adalah daripada beratus-ratus asid amino. Protein manusia dibuat daripada gabungan dua puluh asid amino berbeza. Sembilan daripada dua puluh asid adalah “penting”, yang bermaksud PERLU ADA di dalam diet. Asid amino yang “tidak penting” boleh dihasilkan oleh badan daripada asid amino penting.

Bagaimana ianya berkaitan dengan apa yang anda makan? Kesemua asid amino penting perlu hadir di dalam makanan anda supaya badan menghasilkan asid amino tidak penting pada awalnya, dan kemudian membuat pelbagai protein yang diperlukan. “Protein lengkap” adalah makanan yang mengandungi kesemua asid amino penting. Produk haiwan – susu, keju, yogurt, produk tenusu lain, telur, ikan, ayam, dan daging merah adalah kesemua makanan protein lengkap.

Sesiapa yang mengamalkan diet vegetarian yang ketat tahu bahawa kacang dan bijirin kedua-duanya menyediakan kesemua asid amino penting. Walaupun tidak perlu untuk makan kacang dan bijirin dalam hidangan yang sama,  terdapat banyak hidangan yang menggabungkan kacang dan bijirin. Mungkin kerana gabungan keduanya menghasilkan satu hidangan yang sungguh sedap! Sebagai contoh, sedikit nasi dan kacang membentuk protein lengkap. Begitu juga hidangan biasa seperti sandwich mentega kacang adalah makanan protein yang lengkap, kerana mentega kacang itu sendiri adalah daripada kacang, dan gandum adalah bijirin. Selain daripada tu, bolehla korang mereka-reka resepi, ye dok? 😉

Protein haiwan yang dimakan dalam jumlah yang kecil bersama bijirin atau kacang juga menyediakan hidangan yang tinggi protein berkualiti. Pasta yang dibuat bersama keju, kacang cili dengan sos daging, daging dan mee, chicken chop bersama nasi, dan serial dengan susu adalah kesemua contoh hidangan atau resepi yang boleh dibuat dan diamalkan.

Protein adalah sumber yang agak sukar untuk dihadam, jadi asid aminonya dilepaskan secara perlahan daripada saluran penghadaman kedalam darah. Makan protein bersama karbohidrat, sangat melambatkan pelepasan glukosa ke dalam darah, yang menyumbang kepada tahap stabil gula dalam darah untuk beberapa jam. Ini adalah sebab mengapa, jika anda mempunyai kecenderungan kepada glukosa darah rendah, yang dipanggil hypoglycaemia, anda boleh mencari protein lebih tersebut, terutamanya ketika sarapan pagi. Ia membantu untuk menstabilkan paras gula dalam darah anda. Ini juga merupakan sebab mengapa lebih protein dan sedikit karbohidrat berkanji mungkin adalah pendekatan yang membantu sekiranya anda sedang cuba untuk menurunkan berat badan. Mengambil lebih protein boleh membantu jika anda cuba untuk mengatasi ketagihan kepada makanan manis atau makanan ringan berkanji. Penghadaman protein yang perlahan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

Berapa banyak protein yang anda perlukan? Terdapat pelbagai pengambilan makanan protein yang sihat. Makan protein secara lebih adalah perlu kepada sesetengah orang. Contohnya jika anda hamil, anda perlu mendapatkan protein yang mencukupi dalam bulan-bulan awal kehamilan untuk mengatasi alahan atau morning sickness, dan ketika bulan berikutnya, untuk menyokong keperluan anda yang semakin meningkat seiring dengan perkembangan otak bayi. Anda perlukan lebih protein apabila menyusu badan atau breastfeeding bayi anda. Kanak-kanak yang semakin membesar juga memerlukan lebih protein secara berkadaran berbanding orang dewasa.

Protein sangat penting untuk kesuburan optimum

NOTA: Mulai dari sekarang, makan protein secara mencukupi. Protein adalah penting dan sebahagian daripada diet yang badan perlukan. Terutamanya jika anda merancang untuk hamil. Protein akan memberi sokongan kepada tisu dan sel badan juga khasiat kepada bayi yang bakal dikandung nanti.

Selain daripada itu, amalkan makanan tambahan untuk kesuburan (Rujuk DISINI) bagi menambah agen-agen kesuburan, hormon penting untuk kehamilan, melancarkan peredaran darah, membetulkan kitaran haid, senggugut serta membentuk ovum dan sperma yang berkualiti. Kalau tak ada atau tak mahu ambil semua makanan berzat ini, ‘tentera’ apa yang kita ada untuk menyokong dan membantu fungsi organ seks badan? Jadi, jangan malas jangan banyak alasan. Nak hamil perlukan usaha dan ikhtiar yang berterusan. Mulakan sekarang! 🙂