Arghhhhhh tak boleh minum susu! Susu tepung, susu kotak, keju semua saya tak boleh! Tak bolehhhhh! Apa saya perlu buat? – Amboi. 🙂

Hehe.. Haa. Dah biasa sangat nakhamil.com terima email macam ni. Jadi sekarang saya rasa nak post entry ni supaya para wanita yang nak hamil, sedang hamil atau sedang menyusu mendapat sedikit maklumat tentang apa yang anda boleh makan dalam diet seharian bagi menggantikan segala zat yang terdapat dalam susu. Mungkin akan kurang sedikit email/PM/whatsapp jeritan tentang masalah ni saya akan terima 😀 Hihi. Gurau saje ye. Email lah segala masalah anda yang berkaitan. Saya sedia melayan dengan ikhlas 🙂

Minum susu atau menambah produk tenusu dalam makanan harian bukanlah untuk kalsium semata-mata. Ia juga penting untuk mendapatkan zat protein dan lemak semulajadi di dalam produk tenusu, terutamanya kepada yang ingin hamil, sedang hamil dan sedang menyusukan bayi. Dengan mudah, anda boleh mendapatkan kalsium daripada pil-pil supplemen, tetapi protein didapati daripada makanan anda.

  • Setiap gelas susu atau yogurt mengandungi kira-kira 8 gram protein
  • Satu aun keju mengandungi kira-kira 7 gram protein
  • Tiga aun hidangan daging tanpa lemak atau ikan mengandungi kira-kira 15 ke 18 gram protein
  • Sebiji telur mengandungi kira-kira 6 gram protein
  • Sandwich mentega kacang yang dibuat daripada dua keping roti gandum dan dua sudu besar mentega kacang mengandungi kira-kira 10 gram protein

Oleh itu, penyediaan daging atau ikan boleh menggantikan protein daripada dua hidangan makanan tenusu.

Bercakap pula tentang kalsium, sayuran seperti kubis, brokoli, bunga kubis, kubis Brussels, pucuk dan sayuran hijau gelap adalah sumber kalsium yang baik, tetapi tetap ada had dalam membekalkan kalsium kepada badan kita. Supplemen kalsium perlu mengandungi magnesium, sebaik-baiknya dalam jumlah yang sama atau hampir sama dengan kalsium. Vitamin D, bersama-sama magnesium dan lemak diperlukan untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium.

Terdapat dua sebab asas untuk menyatakan “saya tak boleh minum susu”. Anda mungkin tidak tahan dengan laktosa, yang bermaksud badan anda tidak menghasilkan enzim penghadaman yang mencukupi untuk memecahkan laktosa (juga dipanggil gula susu). Jika itu adalah puncanya, anda boleh mendapatkan tablet laktosa, iaitu enzim yang kurang di dalam badan anda. Biasanya ia dikenali sebagai “Lactaid”.

Alahan kepada susu adalah kemungkinan yang lain. Tindakbalas kepada protein di dalam susu tidak sama seperti ketidaktahanan terhadap laktosa, dan boleh diatasi secara baik dengan mengelakkan meminum susu setakat mana yang anda perlu. Maksudnya, anda mungkin boleh paksa untuk habiskan segelas susu. Kalau tak tahan, cuba minum separuh gelas susu sahaja. Atau, jika anda alah kepada susu lembu tetapi bukan tidak tahan kepada laktosa, anda boleh menggunakan atau menggantikan dengan susu kambing. Tambahan, susu kambing adalah sunnah Nabi dan merupakan susu yang paling hampir dengan susu ibu 😉 Sesetengah individu yang tidak tahan dengan susu yang di pasteur boleh menggantikan dengan susu segar yang mudah didapati kini di pasaran.

makanan yang boleh menggantikan zat dan khasiat susu

NOTA: Kena cuba minum susu mulai sekarang. Kepada yang ingin hamil, cuba niatkan untuk bayi yang bakal dikandung. Kepada ibu hamil dan menyusu, fikirkan kesihatan dan tumbesaran bayi. Pasti semua jadi mudah kan? Atau mungkin, bolehlah amalkan tips di atas!