Ovulation test kit (alat uji waktu subur)

Ovulation test kit digunakan untuk mengetahui waktu subur dengan tepat

Di sebelah kiri adalah contoh ujian ovulasi yang dilakukan selama beberapa hari sehingga mencapai keputusan positive

Di atas packaging Ovulation Test Kit / LH Ovulation Test Stripyang dipaparkan hanyalah nama item, batch number dan expired date sahaja.

  • Tujuan ujian ovulasi dilakukan adalah untuk membantu mengesan Luteinizing Hormone (LH) di dalam air kencing. Justeru anda dapat meramal masa ovulasi dan waktu puncak kesuburan.
  • Keputusan adalah cepat dan tepat. Hanya dalam masa 5 minit.
  • Sangat mudah digunakan. Hanya celupkan strip ke dalam sampel air kencing.
  • Ketepatan adalah 99.99%.
  • Dapat mengesan waktu subur cepat dengan sensitivity tertinggi.

Cara penggunaan:

Cara menggunakan ovulation test kit

Luteinizing Hormone (LH) yang tinggi akan menyebabkan ovulasi berlaku (ovulasi adalah pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari)

Semasa kitaran haid, hanya sejumlah kecil LH terhasil. Tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dengan pesat dan cepat. Peningkatan ini dikenali sebagai “LH Surge” dan mendahului ovulasi.

Conception kemungkinan besar akan berlaku dalam 36 jam selepas LH surge. Jadi ujian ovulasi bertujuan khusus untuk mengesan LH surge anda, yakni masa apabila anda mungkin ovulasi.

Jika ujian LH adalah positif, tahap kesuburan anda adalah paling tinggi pada kitaran haid pada bulan tersebut.

Cara penyediaan:

Jika anda ingin melakukan ujian dalam beberapa hari (contohnya 7 hari). Pastikan ketujuh-tujuh hari tersebut dilakukan pada waktu yang sama. Ambil sampel air kencing dalam waktu diantara pukul 10 pagi-8 malam. Pastikan jangan melakukan ujian ovulasi dengan mengambil air kencing pertama di waktu pagi (seperti ujian HCG pregnancy). Bekas sample air kencing yang digunakan haruslah terlebih dahulu bersih dan kering.

Prosedur ujian ovulasi:

Langkah Pertama – Masa yang sesuai untuk melakukan ujian ovulasi

Tentukan panjang kitaran haid anda. Yakni bilangan hari dari hari pertama pendarahan haid untuk hari sebelum pendarahan bermula pada tempoh seterusnya.

Bahasa mudah nak kira panjang kitaran haid anda: hari pertama haid bulan ni ke sehari sebelum datang haid bulan depan. Itulah jumlah hari kitaran haid anda.

Tentukan jumlah hari kitaran haid anda sejak beberapa bulan (wajib rekod). Kemudian, rujuk Ovulation Calendar Cycle Chart dibawah untuk menentukan dimana hari dalam kitaran haid untuk ujian ovulasi dilakukan.

** Jika kitaran haid anda kurang daripada 21 hari atau lebih 40 hari, sila berjumpa dengan doktor.

Ovulation Calendar Cycle Chart

Langkah Kedua – Lakukan ujian

  1. Untuk memulakan ujian, keluarkan ovulation test kit daripada packaging.

**Nota penting: Waktu yang paling sesuai adalah antara tengahari ke menjelang malam, sekitar pukul 10 pagi – 8 malam. Lakukan ujian pada waktu yang sama setiap hari. Jangan minum air yang banyak kerana ia mempengaruhi keputusan ujian.

maximum line telah ada untuk anda tahu setakat mana strip boleh dicelup ke dalam sampel air kencing

  1. Celupkan ovulation test kit ke dalam sampel air kencing selama 5 saat. Pastikan anda celup ovulation test kit tidak melebihi max line. Jika tidak, ujian tidak sah.
  2. Selepas selesai 5 saat ovulation test kit dicelupkan, angkat dan pastikan ovulation test kit dalam keadaan menegak dalam 5 saat. Kemudian baringkan strip di atas tempat yang kering dan bersih.
  3. Tunggu garisan berwarna untuk muncul. Ini bergantung kepada kepekatan LH dalam air kencing. Keputusan positif boleh dilihat dalam 40 saat sahaja. Walaubagaimanapun, keputusan ujian yang negatif memerlukan masa tindak balas yang lengkap selama 10 minit untuk disahkan.

Hasil LH Ovulation strip

Cara mengenalpasti keputusan ujian:

Dalam masa 3-5 minit, dua garisan warna akan muncul. Keputusan ujian tidak sah dibaca selepas lebih daripada 10 minit.

Cara menentukan keputusan ujian adalah dengan membandingkan keamatan warna terang atau pudar warna garisan jalur test line. Dalam menentukan hasil ujian adalah positif atau negative, adalah sangat penting untuk anda bandingkan keamatan warna. Kerana ini akan menunjukkan sama ada LH surge di tahap maksimum atau tidak.

1. Positif

Jika test line adalah sama warna atau lebih gelap daripada control line, ini menunjukkan keputusan adalah positif yang merupakan petanda yang baik bahawa LH surge sedang berlaku (ovulasi berlaku)

2. Negatif

Jika test line lebih pudar atau tidak dapat dilihat daripada control line, ini menunjukkan tahap LH dalam air kencing adalah pada atau berhampiran tahap normal. LH surge tidak berlaku (ovulasi tidak berlaku)

3. Keputusan tidak sah

Jika tiada control line dalam tempoh 10 minit, keputusan ujian adalah tidak sah. ovulation test kit tersebut harus diabaikan. Control line tidak akan muncul mahupun jumlah air kencing yang tidak mencukupi ditambah ke dalam bekas sampel. Ujian adalah gagal berkemungkinan besar kerana anda tidak mengikuti prosedur yang betul. Ulang ujian dengan ovulation test kit yang baru.

Cara kenalpasti keputusan selepas ujian dilakukan

Berapa hari ujian perlu dilakukan jika keputusan adalah negatif

Lakukan ujian ini selama 6-10 hari sehingga mendapat double line (memasuki fasa subur). Jika dalam tempoh ini anda gagal mendapatkan keputusan ujian double line, anda harus meneruskan ujian setiap hari sehinggalah turun darah haid. Dan cuba lagi di kitaran seterusnya. Ujian bermula dari hari yang dicadangkan mengikut Ovulation Calendar Cycle Chart di atas. Ujian perlu dilakukan beberapa hari kerana kita perlu mengenalpasti hari dan waktu yang sesuai lonjakan LH surge berlaku.

Bagaimana jika kitaran haid tidak teratur

Sila catat tarikh dan pastikan anda tahu jumlah kitaran haid anda untuk 6 bulan ke belakang. Jika setiap kali datang haid, terdapat perbezaan lebih dari 3 hari, ambil jumlah kitaran paling rendah dalam 6 bulan tersebut. Buat prosedur ujian mengikut Ovulation Calendar Cycle Chart di atas.

PERINGATAN: OVULATION TEST KIT BUKANLAH ALAT YANG MEMBOLEHKAN ANDA HAMIL. IA ADALAH ALAT UNTUK MENGESAN HORMON KESUBURAN. INI SANGAT MEMBANTU KEPADA SUAMI ISTERI YANG SEDANG DALAM TTC (TRY TO CONCEIVE). JADI ANDA BOLEH BERSAMA SUAMI PADA ‘WAKTU YANG TEPAT’ BAGI MENINGKATKAN PELUANG UNTUK HAMIL. HAMIL ATAU TIDAK BERGANTUNG KEPADA REZEKI ALLAH, TAHAP KESIHATAN SPERMA DAN TELUR DAN KESUBURAN ANDA SUAMI ISTERI.

Kenapa Ovulation Test Kit / LH Ovulation Test Strip perlu dibeli awal

Pembelian ovulation test kit mestilah dirancang. Ini untuk mengelakkan anda terlepas waktu-waktu kritikal terutamanya waktu subur. Ini adalah sangat penting kepada yang sedang TTC (Try To COnceive) atau dalam bahasa mudah sedang merancang mendapatkan zuriat.

Membeli ovulation test kit awal sangat membantu dan tidak merugikan anda. Ini kerana test kit kami di nakhamil.com expired selepas dua tahun. Jika puan-puan sekalian order ketika due atau telah waktu subur, dikhuatiri kelewatan penghantaran barang mungkin berlaku oleh pihak Poslaju.

Cara mengenal kepekatan cecair serviks dengan waktu subur/ovulation

Kenalpasti waktu subur anda dengan melihat kepekatan cecair serviks

ovulation test kit

Flyers cara penggunaan juga disediakan untuk pelanggan nakhamil.com ! 🙂

NOTA: Untuk pembelian ovulation test kit, sms/whatsapp +6013-3699505 (Puan Ila) 🙂