Morning Sickness atau loya/mual/pening/muntah ketika hamil terutamanya di awal minggu ke-enam kehamilan malah sepanjang hamil adalah sangat sinonim dengan wanita hamil. Rasa loya dan mual datang secara tiba-tiba adalah kerana pertambahan hormon HCG di dalam badan. Morning sickness terjadi kerana adanya peningkatan hormon ketika hamil. Selama kehamilan produksi hormon estrogen dan progesteron meningkat sehingga mempengaruhi fungsi neuron serta fungsi organ lain di dalam badan.

Ianya terjadi kepada hampir kebanyakan wanita hamil. Tetapi, ada juga yang tidak mengalami sebarang alahan atau morning sickness sepanjang proses kehamilan. Antara petua dan tips yang boleh diguna pakai untuk mengatasi morning sickness adalah:

1. Makan makanan ringan atau snek favourite anda sebaik sahaja bangun tidur. Contohnya biskut coklat berserat, waffle rangup, biskut oat, buah buahan dan lain-lain. Cara ni boleh bantu untuk serap asid perut. Kalau asid perut berlebihan, dan tak ada makanan yang masuk, senang dapat gastrik! Kesian baby kan? So, snacking memang boleh membantu. Kalau terlupa, letak siap-siap tepi katil. Bangun pagi boleh terus ngap! 😀

cara atasi morning sickness2. Amalkan makan makanan ringan yang agak berkhasiat setiap 2 jam atau sepanjang hari (jangan makan jajan yang banyak MSG. tak bagus ye untuk tumbesaran baby). Ini sangat penting dan membantu untuk wanita yang sangat susah nak menelan nasi atau makanan berat sepanjang morning sickness ni. Elakkan daripada perut masuk angin ok!

3. Once again, snacking sebelum tidur! Sangat mujarab untuk mengatasi rasa loya dan mual!

4. Makan makanan berat contohnya nasi dalam jumlah yang sedikit, tetapi kerap.

5. Amalkan makanan yang boleh menatasi atau menghilangkan rasa loya tekak anda seperti buah avocado, mentega kacang, keju, yogurt, susu, spaghetti.

minum susu boleh kurangkan loya6. Makan makanan dan minuman berhalia. Contohnya ayam masak halia, teh halia. Selain itu, boleh minum jus lemon, ambil dulu bau lemon dan minum. Ini akan membantu untuk meneutralkan asid dalam perut.

7. Makan asam! Ye apa-apa asam boleh bantu untuk kurangkan loya. Bawa asam ke mana sahaja.

8. Elakkan atau jangan makan makanan yang menambahkan rasa loya seperti makanan manis seperti kek, aiskrim, kuih muih manis, makanan berminyak, makanan pedas, dan minuman bercaffein.

9. Pastikan air sentiasa cukup di dalam badan. Minum 10 gelas air kosong setiap hari untuk meastikan bendalir yang hilang (kalau muntah tak henti) sentiasa diganti dan untuk mengelakkan sembelit berlaku. Minum jus buah-buahan seperti jus oren dan jus epal juga. Kalau campur sedikit madu, lagilah bagus!

10. Jangan selang selikan minum dengan banyak ketika makan. Ini akan membuatkan perut cepat kembung dan rasa nak termuntah.

11. Ambil vitamin atau supplement yang baik sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

12. Kenakan pakaian yang sesuai ketika hamil, tidak ketat dan longgar. Contohnya kain cotton dan lycra yang sejuk. Ini kerana badan ibu hamil akan mengeluarkan sejenis hormon yang menjadikan badan sentiasa rasa panas dan senang rasa mual.

13. Bersiar atau beriadah di taman pada cuaca yang sesuai. Sedikit senaman ringan akan membantu badan menjadi sihat dan menyeimbangkan hormon.

senaman ringan dapat mengurangkan morning sickness14. Elakkan pergi ke tempat yang sesak dan ramai.

15. Elakkan bau bauan atau wangian yang mudah membuatkan ada mual dan loya.

16. Setiap kali rasa loya dan mual, tarik nafas yang panjang dan hembus secara perlahan. Ulang sehingga kurang sedikit rasa mual.

17. Mendengar music atau lagu favourite anda. Pastikan lagu tenang atau jiwang2 aje ye.. Kalau lagu rock kapak, agak baby pun boleh mengamuk kut? hihi.

18. Berurut. Pergi ke spa-spa atau bidan yang mungkin anda sudah biasa. Berurut akan melancarkan peredaran darah dan menenangkan jiwa.

19. Tidur!

20. Berjumpa dengan doktor. Ubat tahan muntah yang diberi akan membantu untuk mengawal rasa loya dan mual.

Selamat mencuba! (^_^)