Tanda awal kehamilan

1. Loya, mual dan muntah

Hormon yang meningkat secara mendadak di dalam aliran darah tubuh akan menjadikan seseorang wanita berasa tidak selesa tekak, mual, loya dan muntah-muntah adalah antara tanda awal kehamilan. Keadaan ini dikenali juga sebagai ‘morning sickness’ dan seringkali berlaku pada enam minggu pertama kehamilan. Terdapat beberapa tips dan petua yang boleh digunakan untuk menghilangkan rasa loya dan mual akibat morning sickness. Antaranya, rujuk DISINI

2. Keluar tompokan darah dan cramp perut (sakit menekan nekan)

Apabila keluar tompokan darah, jangan panic! Biasanya wanita yang sudah disahkan hamil dan pertama kali hamil akan cepat panic bila ada sedikit darah keluar. Ini adalah antara simptom atau tanda awal kehamilan. Namun, ada juga wanita yang tidak mengalami situasi ini. Darah ini akan muncul sebelum menstruasi yang akan datang, kebiasaannya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini keluar kerana berlakunya penempelan embrio pada uterus atau dikenali sebagai implantation bleeding. Anda bukanlah keguguran atau datang haid seperti difikirkan. Melainkan darah keluar dalam jumlah yang sedikit tetapi berterusan. Kemungkinan anda berisiko untuk keguguran! (antara faktor gugur disebabkan rahim tidak kuat, dan lain-lain). Cepat-cepat berjumpa doktor kalau ini berlaku!

Cramp perut atau rasa perut seperti ditekan-tekan adalah biasa dan tanda hamil. Ini kerana rahim sedang membesar dan meregang untuk menyiapkan tempat untuk bayi anda. Cramp perut ini biasanya akan berlaku secara teratur. Contohnya setiap pagi atau pada waktu malam apabila nak tidur. Banyakkan bersabar dan bertenang ok!

Pendarahan juga mungkin berlaku di pertengahan kehamilan. Ini berkemungkinan uri berada di bawah. Jika keadaaan ini berlaku, banyakkan berehat secara berbaring. Sentiasa letakkan bantal dibawah kaki supaya kaki lebih tinggi daripada badan.

3. Buang air kecil dengan kerap

Diawal kehamilan, wanita yang ada tanda hamil akan lebih kerap membuang air kecil daripada biasa. Tidur akan sedikit terganggu pada waktu malam kerana sering ke tandas. Ini berlaku kerana tubuh wanita hamil akan menghasilkan cairan tambahan untuk bayi. Perlu diingat, walaupun kerap membuang air kecil, anda dilarang untuk menahan daripada membuang! Menahan kencing boleh menjejaskan kesihatan, bukan sahaja pada wanita hamil malah kepada sesiapa pun. Semakin perut membesar, semakin kerap anda rasa nak terkencing! Ini kerana apabila kandungan semakin membesar, semakin ia menekan pundi kencing. So, ingat tau jangan tahan kencing!

4. Pengsan, sering terjatuh tidak sedarkan diri

Wanita hamil yang tiba-tiba tidak sedarkan diri adalah disebakan kekurangan glukosa atau gula di dalam badan. Walaupun rasa loya, mual dan nak muntah dan lain-lain tanda awal kehamilan, anda perlu gagahkan jua untuk menjamah! Perlu diingat kepada bayi yang dikandung dan sedang membesar dan jangan diikut sangat rasa mual tu! Makan makanan berkhasiat dan bernutrisi setiap hari.

Moody, takda mood, not in the mood!

Haa moody ni semua orang boleh ada kan? Tetapi kepada wanita hamil, mereka akan berasa tak ada mood berbanding biasa. Ini sering berlaku di awal kehamilan dan malah, sepanjang kehamilan oleh sesetengah wanita! Sering marah-marah dan berubah tingkah laku. Contohnya berubah daripada suka mengemas kepada bersepah, okay sahaja dengan bau suami sebelum ni terus tiba-tiba benci bau suami, tak makan asam pedas tiba-tiba sahaja licin pinggan asam pedas tu dan banyak lah lagi. Keadaan ini berlaku  disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh wanita dan kehadiran roh baru di dalam tubuh isteri. So kepada suami sekalian, banyakkan bersabar dan fahamlah situasi isteri ni! Tak lama pun, 9 bulan 10 hari sahaja kan? 🙂

6. Letih, penat dan mengah dengan cepat, tidak bermaya dan lesu

Kebiasaannya rasa penat, lelah, dan letih ini hanya berlaku pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua. Perasaan penat, letih dan lelah adalah tanda awal kehamilan yang biasa. Apabila ini berlaku, anda mungkin akan cepat tertidur. Ini berlaku kerana hormon di dalam badan sedang berlaku perubahan dan akibat dari kerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi. Anda juga akan kelihatan tak bermaya dan lesu berbanding biasa.

7. Payudara mengalami perubahan

Apabila anda hamil, payudara akan membesar dan lembut berbanding normal. Ini berlaku kerana hormon estrogen dan progesteron semakin meningkat di dalam badan. Payudara yang lembut berbanding biasa akan mengalami sensitivity yang lebih tinggi. Kemungkinan rasa ngilu atau sakit apabila dipegang. Puting kadangkala gatal dan akan membesar dan berubah menjadi sedikit gelap. Hormon HPL (Human Placental Lactogen) juga akan melakukan tugasnya dalam menyiapkan susu untuk bayi apabila lahir nanti.

8. Mengidam

Memang antara simptom famous orang mengandung teringin nak makan sesuatu. Malah, seringkali teringin atau mengidam nak makan makanan pelik-pelik. Antara yang sering kita lihat teringin nak makan benda-benda masam, asam, dan sebagainya. Kalau yang senang cari, beruntunglah suami. Kalau yang susah-susah, hmm memang masa ini lah nak manjakan isteri! 😀

9. Haid tidak datang

Jika kitaran haid anda adalah teratur pada setiap bulan dan sekarang sudah lewat beberapa hari, anda boleh membuat ujian air kencing atau pregnancy test. Sebelum berjumpa doktor (rate melakukan pregnancy test di klinik sekitar RM40-RM100), anda boleh melakukan sendiri ujian air kencing di rumah dengan mudah, cepat dan tepat menggunakan Pregnancy Test Kit oleh nakhamil.com. Hanya celupkan pregnancy test kit ke dalam sampel air kencing selama 5 saat, angkat dan tunggu. Keputusan pregnancy test akan boleh didapati dalam beberapa saat sahaja!

10. Ujian air kencing sah positif

Jika due untuk anda haid sudah terlewat dan anda mengalami simptom-simptom seperti diatas, lakukan pregnancy test di rumah menggunakan Pregnancy Test Kit. Jika  terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, tahniah anda sudah hamil! Seterusnya berjumpalah dengan doktor untuk ujian lanjut!