Supplement atau makanan tambahan boleh membantu anda untuk mencapai kesihatan yang optimum dan meningkatkan potensi pembiakan. Apabila mengambil supplement, termasuklah vitamin prenatal, ia adalah kunci untuk anda mengambil supplement dari sumber yang baik dan teliti. Anda perlu mengelak dari mengambil supplement yang mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh membahayakan anda dan kandungan.

Supplement mungkin sudah banyak di rumah kita, tetapi adakah supplement yang ada boleh membantu dalam ketidaksuburan? Beberapa kajian telah menunjukkan kesan positif mengambil supplement pada tempoh sebelum hamil, ketika hamil, selepas bersalin malah sepanjang hayat. Malangnya, tidak ada jawapan yang pasti di luar sana apa yang anda mungkin tahu: makan secara sihat, bersenam, mengurus tahap tekanan anda, dan dapatkan sekurang-kurangnya enam ke tujum jam tidur setiap malam.

Banyak faktor penting yang boleh menyumbang untuk membantu anda hamil. Pastikan anda amalkan semua aktiviti atau pemakanan yang dapat mengurangkan tekanan seharian. Tukar protokol, mulakan aktiviti kecergasan, atau cuba lakukan terapi yang boleh membantu.

Antara supplement yang sering diingatkan oleh pakar kesuburan dan para doktor adalah mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil dan zinc. Zinc adalah mineral yang boleh membantu penghasilan air mani dan testosteron lelaki dan menambahkan kesuburan dan ovulasi wanita. Kekurangan zinc boleh menyebabkan perubahan kromosom pada anda atau pasangan, mengurangkan kesuburan, dan meningkatkan risiko keguguran. Folik asid boleh mengelakkan spina bifida di dalam badan bayi dalam kandungan anda. Adalah lebih baik mengambil asid folik yang berada di dalam vitamin B Complex berbanding asid folik secara sendirian, kerana ia diperlukan untuk menghasilkan DNA dan RNA. Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada ibu dan bayi. Berikut adalah antara makanan yang tinggi dengan asid folik:

  • Asparagus – 6 batang
  • Avocado – ½ biji sederhana
  • Kekacang – ½ cawan dimasak
  • Brokoli – ¾ cawan dimasak
  • Kobis – 1 cawan mentah
  • Bijirin atau cereal – 1 cawan
  • Sayuran hijau – ¾ cawan dimasak
  • Salad – 1 cawan mentah
  • Bendi – ½ cawan dimasak
  • Oren – 1 biji sederhana
  • Jus oren – 6 auns
  • Kacang hijau, kacang hitam – ½ cawan dimasak
  • Bayam – ½ cawan dimasak
  • Jus tomato – 8 auns

Anda juga boleh mengambil supplement Rezeki Ilahi dari nakhamil.com bagi merawat dan menambah kesuburan. Khasiat dan manfaat Rezeki Ilahi adalah untuk keseluruhan kesihatan fizikal dan mental. Rujuk DISINI untuk melihat mereka yang sudah berjaya hamil setelah mengamalkan Rezeki Ilahi.

Amalkan makan makanan yang tinggi asid folik mulai hari ini !