Zinc bertindak dengan memberi kesan kepada pelbagai hormon termasuklah hormon thyroid, sex, prostate, menghasilkan sperma yang sihat, memperbaiki bentuk sperma, membantu mengekalkan jumlah dan kepekatan air mani, dan mengelakkan kemandulan suami isteri. Zinc juga membantu untuk membekalkan tenaga yang cukup kepada sperma untuk berenang menuju ke ovum (bergerak lurus dan tidak berpusing-pusing).

Selain itu, zinc juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk genetik (DNA) dan mengekalkan keinginan seksual suami isteri. Zinc yang kurang dalam tubuh badan suami akan mengakibatkan pelbagai penyakit seksual. Contohnya penyakit prostat dan sperma yang tidak normal.

sperma yang sihat dapat berenang dengan pantas menuju ke ovum

sperma yang sihat dapat berenang dengan pantas menuju ke ovum

Zinc bukan sahaja penting dalam tubuh badan lelaki, malah begitu juga wanita. Zinc akan membantu sperma yang masuk ke dalam badan wanita, dengan melindunginya  dan melawan bakteria dalam vagina.

Zinc yang kurang dalam tubuh badan merupakan salah satu faktor mengapa kemandulan berlaku. Ini kerana tubuh seseorang yang TTC (Try to conceive) adalah di bawah paras kesuburan yang sepatutnya. Ia mempengaruhi bilangan sperma, tahap pergerakan dan kesihatan sperma. Zinc adalah sangat penting untuk kesuburan lelaki mahupun wanita.

Jumlah zinc yang mencukupi dalam tubuh badan lelaki akan mengelakkan gangguan penyakit prostat yakni pembesaran kelenjar prostat. Jika dibiarkan, risiko lelaki terdedah kepada kanser adalah lebih besar.

Jumlah, bentuk dan pergerakan sperma normal dan tidak normal

3 Fungsi utama Zinc kepada kesuburan lelaki

  • Kesihatan seksual dan tahap testosteron meningkat

Zinc dikenali sebagai “ultimate sex mineral”. Zinc sangat mempengaruhi tahap kesuburan seseorang lelaki, tahap keinginan seksual dan tahap kesihatan seksual. Pengeluaran sperma yang sihat bergantung kepada jumlah zinc yang cukup dalam tubuh badan lelaki. Antara faktor penurunan jumlah air mani dan testosteron adalah kerana zinc yang kurang. Setiap kali ejakulasi, mampu mengeluarkan hingga 5mg zinc atau sehingga separuh daripada jumlah yang diperlukan seharian. Oleh itu, sangat ditekankan bahawan zinc sangat membantu menambahkan kesuburan lelaki, terutama anda yang sedang merancang untuk memiliki zuriat.

  • Meningkatkan kekuatan sel-sel sperma

Nafsu seks yang bergelora dan sperma yang sihat adalah antara faktor yang tidak mencukupi jika anda merancang untuk memiliki zuriat. Ini kerana sperma juga perlu gagah untuk berenang dengan pantas, kuat, memiliki ketahanan yang tinggi untuk berenang ke arah ovum (telur) untuk disenyawakan. Zinc yang kurang menyebabkan kekuatan sperma di bawah 50%. (peratus sperma bergerak lurus ke hadapan kurang daripada separuh, dan yang lain bergerak berpusing-pusing)

  • Mengelak dan mengurangkan risiko mendapat kanser prostat

Fungsi zinc sangat penting dalam memastikan kesihatan prostat. Berdasarkan kajian ahli sains, tisu prostat yang mengalami kanser mengandungi zinc yang sangat kurang berbanding tisu prostat sihat. Sememangnya zinc terdapat dalam setiap organ tubuh, tetapi dalam tubuh seorang lelaki, prostat mengandungi zinc melebihi tisu-tisu lain, kecuali tulang. Kurangnya zinc dalam tubuh badan lelaki akan meningkatkan peluang mengalami pembesaran prostat, radang prostat dan kanser prostat.