Sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (Uterus). Fibroid boleh menyebabkan tiub falopio tersumbat atau menghalang penempelan telur yang telah tersenyawa.
PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)
Keadaan dimana berlakunya ketumbuhan cyst dalam ovari, ketidakstabilan hormon (peningkatan hormon lelaki) dan gangguan kitaran haid. PCOS mempengaruhi kitaran haid, tahap kesuburan dan juga rupa fizikal wanita.
Sperma Suami Kurang Berkualiti
Air mani cair boleh menjejaskan bilangan sperma dan kualiti sperma yang dihasilkan. Kualiti sperma menurun disebabkan tekanan kerja, obesiti, hubungan kelamin yang tidak sihat dan gaya hidup (merokok, pengambilan alkohol dan dadah).
Endometriosis
Satu keadaan dimana selaput endometrium ini bukan sahaja tumbuh di dalam rahim tetapi diluar rahim juga. Ia boleh menyekat tiub falopio dan menghalang persenyawaan.
Adenomyosis
Terjadi ketika lapisan permukaan rongga rahim endometrium tumbuh di dalam dinding otot miometrium.
Cyst
Sejenis ketumbuhan tidak normal yang mengandungi cecair di dalamnya.
Rahim Terbalik
Rahim terbalik salah satu punca sukar hamil kerana kesukaran untuk berlakunya persenyawaan.
Kitaran Haid Tidak Teratur
Kitaran haid sangat dipengaruhi oleh kestabilan hormon dan ianya amat penting untuk menilai kesuburan wanita. Kitaran haid yang tidak teratur merupakan petanda gangguan ovulasi.
Obesiti
Kegemukan bukan sahaja mendedahkan kepada risiko banyak penyakit tetapi ia juga menurunkan tahap kesuburan dalam kalangan wanita.
85% dari pasangan yang telah berkahwin dan melakukan hubungan seksual secara kerap (selang 2,3 hari) dengan tidak mengunakan sebarang alat pencegah kehamilan akan HAMIL Dalam Masa SETAHUN manakala 15% lagi akan mengambil masa dua tahun untuk HAMIL
HATI-HATI !!
Apabila kilang telur mula membengkak dan darah kotor terkumpul di dalamnya boleh mengakibatkan saluran peranakan ROSAK DAN TERSUMBAT